berita

‘Kalau Power Macam Ni, Aku Pun Sanggup Jadi Mentor’ – Faizal Tahir Puji Protege Hazama

November 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Saingan Mentor Millenia 2019 semakin sengit apabila kesemua protege tidak mahu kalah menunjukkan kehebatan masing-masing di pentas cabaran untuk minggu keenam, baru-baru ini.

Seperti yang dijangka, protege kepada Hazama iaitu Apex Tajudin, masih mengekalkan kedudukannya menjadi protege terbaik selama dua konsert berturut-turut. Lebih membanggakan, persembahan Apex pada minggu ini berjaya mencuri perhatian Faizal Tahir.

Sejati

Protege Hazama, Apex Tajudin menggegarkan pentas Mentor Millenia minggu ini dengan lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir. Kelunakan suara Apex dan lontaran vokal yang disampaikannya melalui lagu itu, ternyata memukau kesemua penonton bahkan penyanyi asal lagu tersebut.

Bagaimanapun Datuk Syafinaz Selamat, selaku juri bagi pertandingan tersebut, memberikan nasihat buat Apex supaya berhati-hati dengan jeritan yang dilakukan agar tidak kehilangan suara pada masa akan datang. Namun penjiwaannya dalam lagu tersebut, berjaya disampaikan dengan baik.

Aku pun sanggup jadi mentor

Menerusi Twitter Faizal Tahir, dia menyatakan bahawa persembahan Apex sangat ‘power’ pada minggu ini. Tambahnya, dia sanggup menjadi mentor buat Apex sebaik sahaja menyaksikan persembahan tersebut.

Betul-betul nak menang

Sejak konsert pemilihan, kesemua mentor berebut-rebut untuk memilih Apex sebagai protege mereka. Menurut Ernie Zakri, Apex salah satu peserta yang bakal mewarnai pentas mentor kerana kualiti dan pakej yang dimiliki. Manakala, Black pula memberitahu bahawa Hazama inginkan kemenangan pada musim kali ini dan berharap Apex memilihnya sebagai mentor.

Sumber: Faizal Tahir & Tv3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.