berita

‘Kalau Rakyat Percaya GST Lebih Baik, Kita Akan Kaji’ – Tun M

October 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan ada mengumumkan tentang pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Jun 2018 untuk semua barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul semula isu mengenai GST apabila kerajaan memberi bayangan akan mengembalikan semula GST sekiranya itu yang diinginkan oleh rakyat.

Kalau itu yang rakyat mahukan

Menerusi Astro Awani, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula sekiranya GST dikembalikan. Kajian itu dibuat bagi melihat sama ada sistem GST adalah lebih baik daripada SST.

Kalau rakyat percaya bahawa GST lebih baik, kita akan kaji. Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST.

GST lebih baik berbanding SST

Susulan daripada isu ini menerusi Utusan Online, seorang wakil rakyat PKR di Kangar, Noor Amin Ahmad berpendapat bahawa sistem cukai GST adalah lebih baik berbanding SST.

Saya percaya GST adalah sistem yang lebih baik. Kekurangan GST yang memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah boleh ditangani dengan cara lain yang boleh difikirkan secara bersama.

GST adil kepada semua lapisan masyarakat

Selain itu, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata cadangan mengembalikan semula GST adalah tindakan yang baik kerana ianya merupakan cukai yang adil kepada semua lapisan masyarakat.

Kita tidak dapat nafikan bahawa GST adalah sistem cukai yang lebih cekap daripada SST. Jika tidak, lebih daripada seratus negara tidak akan melaksanakan GST.

Walaupun cukai itu membawa lebih banyak pendapatan, kerajaan juga perlu memperkenalkan sistem kebajikan yang lebih komprehensif bagi golongan miskin

GST dikurangkan kepada tiga peratus

Malah, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Bagaimanapun, pelaksaan GST tidak akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020.

Sumber: Astro Awani, Utusan online

 

SKIP THIS AD ×