Kalau ada satu perkara yang boleh buat orang ‘berpeluh’ menjelang raya, bukan baju raya yang belum beli tetapi apabila raya tinggal beberapa minggu dan duit dalam akaun macam tak bergerak langsung.

Raya memang musim gembira, tapi ia juga musim paling mudah untuk cash flow jadi kelam-kabut sebab terlalu banyak komitmen yang datang sekali gus seperti baju raya, kuih, duit raya, servis kereta sebelum balik kampung dan macam-macam lagi.

Sebab tu sekarang ramai mula cari cara yang lebih smart untuk simpan duit dan urus perbelanjaan raya terutama sekali untuk golongan muda yang dah mula ‘celik kewangan’.

Jom tengok 3 cara paling mudah untuk urus cash flow raya supaya korang boleh beraya dengan tenang, bukan beraya sambil stress.

1) Simpan duit raya dengan cara yang lebih berbaloi

Kalau sebelum ini korang simpan duit raya dalam akaun simpanan biasa, duit memang selamat tetapi pulangannya selalunya terlalu rendah atau ada juga akaun yang tidak memberi faedah langsung. Jadi simpanan itu sekadar duduk dalam akaun tanpa benar-benar berkembang.

Untuk korang yang suka simpan duit dengan lebih bijak, GXBank kini menawarkan Poket Bonus dengan kadar pulangan yang lebih fleksibel mengikut tempoh pilihan korang.

Untuk tempoh 3 bulan, kadar pulangannya ialah 3.18% p.a., manakala untuk tempoh 6 bulan pula mencecah 4.00% p.a. Jadi korang boleh pilih ikut perancangan kewangan sendiri, sama ada nak simpan duit raya dalam masa terdekat atau untuk tempoh sedikit lebih panjang.

Cara agihan faedah pun sangat telus. Untuk kedua-dua tempoh ini, korang akan menerima 2.00% p.a. faedah asas yang dikreditkan secara harian, manakala baki kadar tersebut akan diberikan sebagai bonus selepas tempoh matang tamat.

Ia sesuai untuk sesiapa yang nak mula membina tabungan untuk matlamat jangka pendek atau projek kecil sambil melihat duit mereka berkembang, tanpa terikat terlalu lama.

Yang buat Poket Bonus nampak menarik untuk gaya hidup orang muda sekarang ialah fleksibilitinya. Kalau tiba-tiba ada kecemasan dan korang perlu keluarkan duit, korang boleh withdraw bila-bila masa.

Sesetengah akaun simpanan tetap (FD) kenakan penalti kalau keluarkan duit awal. Tapi Poket Bonus tidak, jadi korang boleh ambil duit bila-bila masa tanpa rasa terikat. Dan yang penting, interest base dikreditkan setiap hari, jadi ia bantu kurangkan rasa rugi kalau terpaksa gunakan duit simpanan dalam situasi tertentu.

2) Bila raya perlukan duit extra, pilih yang telus dan ada peluang reward

Kita kena realistik. Walaupun dah simpan awal, kadang-kadang raya tetap perlukan dana tambahan terutama bila ada komitmen keluarga, kos balik kampung atau nak tambah duit raya untuk anak-anak.

Di sinilah GXBank memperkenalkan FlexiCredit sebagai pilihan yang lebih telus untuk bantu urus perbelanjaan musim perayaan.

Apa sebenarnya FlexiCredit? Secara mudahnya, ia adalah satu kemudahan had kredit. Korang boleh mohon dan dapatkan kelulusan had kredit sehingga RM150,000, dan prosesnya diluluskan dalam masa beberapa minit sahaja.

Yang menarik, selepas diluluskan, korang tak wajib terus guna duit tersebut. Korang boleh aktifkan dahulu dan hanya buat drawdown bila benar-benar perlukan tunai. Maksudnya, dana itu sudah tersedia sebagai back-up dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutamanya untuk kecemasan saat akhir menjelang musim perayaan.

Kalau nak baca lebih lanjut tentang bagaimana FlexiCredit berfungsi, korang boleh rujuk di sini

Dan sempena musim raya ini, ada satu lagi tarikan yang memang rugi kalau tak tahu. Untuk tempoh terhad sahaja, pengguna berpeluang memenangi 100% cashback ke atas jumlah drawdown FlexiCredit mereka.

Bayangkan buat drawdown untuk tampung belanja raya, dan kemudian berpeluang dapat semula jumlah pinjaman tersebut. Itulah peluang yang ditawarkan melalui kempen 100% cashback FlexiCredit ini.

Mekanisme dia pun mudah untuk difahami. Setiap minggu, seorang pemenang akan dipilih secara rawak dan jumlah keseluruhan pemenang ialah sembilan orang.

Lagi tinggi jumlah drawdown, lagi tinggi peluang, sebab setiap RM1,000 drawdown akan memberi 10 kali peluang untuk menang.

Kalau korang jenis yang suka maximize peluang, ada dua cara tambahan yang GXBank highlight. Pertama, setiap satu rujukan ke FlexiCredit yang berjaya akan beri tambahan 100 kali peluang.

Kedua, setiap satu pembaharuan insurans kereta melalui FlexiCredit juga akan beri tambahan 100 kali peluang.

3) Rujukan FlexiCredit: dapat RM100 + RM100 & tambah peluang kempen

Selain peluang untuk dapat semula jumlah pinjaman melalui kempen 100% cashback, FlexiCredit juga datang dengan ganjaran rujukan yang memang menarik untuk individu.

Bagi tempoh 16 Mac hingga 30 April, kedua-dua pihak iaitu perujuk dan rakan yang dirujuk akan menerima RM100 bagi setiap rujukan yang berjaya.

Manakala dari 1 hingga 31 Mei, jumlah ganjaran ialah RM80 untuk kedua-dua pihak. Itu sebabnya, lebih baik buat rujukan sekarang supaya boleh dapat ganjaran maksimum!

Syaratnya mudah, rakan yang dirujuk hanya perlu mengaktifkan FlexiCredit dan melakukan drawdown minimum RM1,000.

Tiada had rujukan. Lagi ramai kawan yang berjaya, lagi banyak ganjaran tunai yang boleh dikumpul.

Dan kalau korang sendiri sudah buat drawdown minimum RM1,000, setiap rujukan berjaya itu turut menambah 100 kali peluang untuk kempen 100% cashback tadi.

4) Biz FlexiLoan, pendapatan tambahan untuk kalangan usahawan

Kalau dalam circle korang ada pemilik bisnes, side hustle atau MSME yang berdaftar dengan SSM sebagai Pemilik Tunggal dan perlukan akses tunai fleksibel untuk urus aliran tunai, Biz FlexiLoan memang patut masuk dalam perbualan.

Ditawarkan oleh GXBank, Biz FlexiLoan direka khas sebagai kemudahan had kredit untuk pemilik bisnes yang perlukan fleksibiliti, terutamanya menjelang musim perayaan bila kos operasi dan stok boleh meningkat secara mendadak.

Setiap rujukan Biz FlexiLoan, kedua-dua pihak bakal menerima RM125 ganjaran rujukan mengikut cara mudah berikut:

Ganjaran rujukan RM125 untuk korang (perujuk)

Korang akan menerima ganjaran rujukan sebanyak RM125 secara automatik sebaik sahaja rakan yang dirujuk berjaya mengaktifkan had kredit Biz FlexiLoan mereka.

Ganjaran rujukan RM125 untuk rakan korang

Rakan bisnes korang juga akan menerima ganjaran RM125 selepas mereka melakukan pengeluaran pinjaman pertama dengan nilai minimum RM1,000 daripada had kredit yang diluluskan.

Gabungkan kedua-dua program ini, bagi tempoh 16 Mac hingga 30 April, korang berpeluang mengumpul ganjaran sehingga RM225 bagi setiap rujukan yang layak iaitu RM100 daripada FlexiCredit dan RM125 daripada Biz FlexiLoan.

Bagi tempoh 1 hingga 31 Mei pula, jumlah ganjaran adalah sehingga RM205 iaitu RM80 daripada FlexiCredit dan RM125 daripada Biz FlexiLoan.

Tiada had rujukan. Lagi luas network korang, lagi besar potensi untuk jana pendapatan tambahan menjelang musim perayaan.

Kenapa GXBank ‘partner raya’ yang masuk akal untuk orang muda?

Kalau kita tengok trend kewangan sekarang, ramai golongan muda dah mula move away daripada cara lama yang terlalu rigid.

Orang nak simpan duit dengan pulangan yang lebih berbaloi, tapi masih fleksibel bila ada kecemasan. Dan kalau perlu dana tambahan, mereka nak pilihan yang telus, mudah dan paling penting, cepat diluluskan. Bukan tunggu berminggu-minggu baru dapat jawapan.

Melalui GXBank, kemudahan seperti FlexiCredit boleh diluluskan dalam masa beberapa minit sahaja, jadi dana sudah tersedia sebagai back-up sebelum raya menjelang.

Itulah positioning yang GXBank menawarkan melalui visi GX3.0 yang dikongsi semasa ulangtahun keduanya, membantu rakyat Malaysia save bigger dan borrow smarter.

Kalau korang nak urus cash flow raya dengan lebih smart, korang boleh explore Poket Bonus dengan pulangan 4.00% p.a., dan FlexiCredit yang datang dengan peluang 100% cashback serta referral reward yang boleh buat duit raya masuk lagi banyak.

Disclaimer:
*GXBank dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan merupakan ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), dengan deposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.