berita

‘Kalau Saya Cleaner, Itu Satu Pekerjaan Yang Baik’

January 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Gara-gara memuat naik foto memakai baju seragam tukang cuci, pelakon veteran Noralbaniah, disoal netizen mengenai perkembangan kariernya kini. Gambar tersebut menjadi tanda tanya netizen apabila ramai yang membuat andaian dia kini tidak lagi ditawarkan berlakon.

Menerusi Instagram Noralbaniah, dia memuat naik satu posting baru dan mengulas lebih lanjut mengenai foto viral yang sedang hangat diperkatakan itu.

Salah satu sumber mencari rezeki

https://www.instagram.com/p/B7G_NF1BFjy/

Menurut Albaniah, tukang cuci merupakan salah satu pekerjaan untuk mencari rezeki yang halal. Tambahnya, tidak ada salah jika dia hendak memuat naik foto memakai pakaian tersebut kerana kehidupan tidak selalunya indah dan mewah. Tanpa tukang cuci, tandas tidak akan bersih. Pelakon itu turut memberitahu bahawa setiap individu mempunyai hak untuk memuat naik posting di media sosial.

Ada orang nak pandang ka?

https://www.instagram.com/p/B7EDutLB4Sn/

Terdahulu, pelakon itu memuat naik foto dan kapsyen “ada lagi ke orang nak pandang kalau ini pengakhiran untuk diri ini” dan “apa yang kita ada bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Tak kiralah pekerjaan, ataupun orang terdekat. Selalulah hargai semuanya sebelum terlambat”.

Tak ada tukang cuci, tak sanggup masuk tandas

Sumber: Noralbaniah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×