Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menjawab dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengatakan bekas suaminya, Norman Hakim tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak-anak mereka selepas perceraian.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama’ – Abby Abadi Bidas Komen Netizen

Bukan jaga, jenguk

Menafikan dakwaan tersebut, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menjelaskan kebanyakan masa anak-anak berada di bawah jagaannya, manakala Norman hanya sesekali datang mengambil dan meluangkan masa bersama mereka.

Sesekali ambil itu bukan jaga, itu macam datang melawat, ambil bawa ke sana ke sini sekejap. Ada lah sesekali bawa balik kampung, itu kira jaga?

Saya yang jaga sepenuhnya. Kalau saya kahwin 10 kali sekalipun, nafkah anak tetap tanggungjawab dia sebab itu anak dia.

Dalam hantaran berasingan, Abby turut menafikan dakwaan anak-anak mereka pernah bermalam di rumah Norman dan isterinya, Memey Suhaiza pada hari persekolahan.

Pandai-pandai sahaja. Anak-anak semua duduk dengan saya, pagi nak pergi sekolah dari rumah saya. Pergi bapanya ambil sekali dengan adik-adik lain. Sempat breakfast dulu. Mana ada tidur situ (rumah Memey).

Tiada bilik pun untuk anak-anak, sedap je menulis. Itu kereta saya yang hitam itu.

Kemelut keluarga Abby dan Norman kembali menjadi bualan wargamaya apabila baru-baru ini aktres itu menitip ucapan selamat ulang tahun ‘menghiris hati’ buat anaknya, Maria Danisha Hakim yang ke-18.

Menerusi perkongsian tersebut, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.

Sumber: Threads