
Pelakon Puteri Balqis, sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil menyelar tindakan aktres dan pengacara, Janna Nick, menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Kaki Club, Makan Dadah & Kaki Botol Bukan Mak Aku..Yang Gugurkan Anak Bukan Aku Tapi Kau’ – Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: Rykarl Iskandar Kesal Dituduh Pembuli – ‘Saya Tetap Akan Pertahankan Diri’
Kata-kata Puteri Balqis buat Janna Nick

Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish memberi peringatan kepada Janna mengenai luka emosi yang terpaksa ditanggung seseorang apabila dihujani kecaman serta hinaan.
Kalau saya kaliamakkan (makikan) akak Janna harini 20 kali, kakak boleh let go saya tak? Boleh move on? Jawapannya tak. Sebab kakak ada maruah yg perlu dipertahankan.
Dan yang pastinya makian dari saya akan segar dalam ingatan kakak.
Kakak akan teringat wajah megan fox saya, badan ala-ala cutting model saya, senyuman manja saya, gigitan bibir sexy saya.
Jelasnya, tindakan sedemikian bukanlah perkara remeh, sebaliknya ia memberi trauma dalam kehidupan seseorang mangsa.
Sebelum ini, Janna menerusi hantaran di Threads didakwa bersikap neutral dan dengan memberi kata nasihat supaya tidak berdendam terhadap sesuatu perkara. Malah, adalah lebih baik sekiranya serahkan segala urusan kepada Yang Esa.
Meskipun Janna tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung perkara tersebut, namun kenyataan tersebut didakwa berkait dengan isu membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha.
Susulan itu, ibu kepada Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz tampil meminta Janna tidak mencampuri urusan keluarga mereka kerana menganggap aktres itu bersikap berat sebelah.
Sumber: Instagram Puteri Balqis








