
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mempertahankan isterinya, Bella Astillah selepas timbul dakwaan mengatakan mereka tidak sekufu.
Artikel Berkaitan: Ucapan Ayden Di Majlis Perkahwinan Bella Astillah & Syed Saddiq Undang Sebak – ‘Ada Kalanya Saya Melihat Mummy Menangis…’
Artikel Berkaitan: Team BASS Sediakan Enam Hadiah Istimewa Buat Syed Saddiq & Bella Astillah
Isu sekufu

Menurut Syed Saddiq, tidak ramai yang mengetahui perjalanan hidup Bella yang sudah mula mencari rezeki sejak kecil demi membantu keluarganya.
Jelasnya, pengalaman hidup Bella berbeza berbanding dirinya, terutama dari segi kematangan dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul isterinya sejak usia muda.
Saya akan pertahankan isteri saya.
Bila kata soal tidak sekufu, mungkin anda semua tidak tahu. Pada umur lima tahun, Bella dah masuk industri. Saya mungkin ketika itu masih mengharapkan ibu bapa siapkan saya.
Pada umur tujuh tahun, Bella berjaya berdikari dan membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.
Sekufu? Ketika saya umur tujuh tahun, saya mungkin sedang bermain pemadam dengan rakan di sekolah.
Bella dah mencari rezeki yang halal untuk keluarganya manakala saya tiada apa-apa.
Mengulas soal sekufu, Syed Saddiq berkongsi bahawa ketika dirinya menerima tawaran melanjutkan pelajaran, Bella sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anak.
Justeru, dia mengakui dirinya mungkin tidak layak berdiri di sisi Bella sekiranya kesepadanan dalam hubungan hanya diukur berdasarkan konsep sekufu.
Nak cakap soal pendidikan? Ya saya ditawar melanjutkan pelajaran ke menara gading tapi ketika itu Bella bergelar seorang ibu yang luar biasa, mendidik dua orang anak.
Kalau itu bukan sekufu, saya tak tahu la. Kalau nak dibacarakan soal sekufu, saya yang tak layak nak berdiri di sebelah Bella.







![[VIDEO] Divo M Nama Baharu Diva M, Akui Sayang Tinggalkan Identiti Lama – ‘Biar Jadi Kenangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/DIVO-M.jpg)
