berita

Kalau Tak Enak, Berhenti Dengar – Ainan Tasneem Respon Kritikan Lagu 150 Juta

November 1st, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Penyanyi sensasi Youtube, Ainan Tasneem menyuarakan rasa kesalnya apabila ramai peminat mengkritik originaliti lagu ‘150 Juta’ yang turut pernah dipopularkan oleh penulis lirik & lagu asal, Fynn Jamal. Kekesalan yang disuarakan melalui laman Facebook ini disifatkan sebagai penjelasan terakhir kepada para peminatnya, kelmarin. Ikuti penjelasannya selepas ini.

Assalamualaikum. Post ini mungkin panjang, maaf. Terasa banyak soalan yang sama kerap diutarakan kepada Ainan tentang lagu ‘150 juta’. Penat rasanya nak ulang untuk menjelaskan kenapa dan mengapa tentang perkara yang sama, tapi biarlah ini menjadi penjelasan terakhir daripada Ainan tentang perkara ini. Maksud Ainan, penjelasan terakhir Ainan di alam maya. Bukan di sidang media atau selainnya.

Pertama sekali kepada semua peminat Fynn Jamal yang berasa tidak senang disebabkan nyanyian balik Ainan untuk lagu ‘150 juta’, Ainan betul-betul minta maaf. Sejujurnya daripada dulu sehingga kini, Ainan tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa lagu ‘150 juta’ adalah ciptaan Ainan. Tidak pernah sama sekali.

Ainan cuma kata lagu ‘150 juta’ ini adalah single kedua Ainan, dan lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya daripada kak Fynn sendiri. Bagaimana terhasilnya lagu ni adalah kerana pihak syarikat rakaman Ainan yang sangat berminat dengan hasil ciptaan kak Fynn keatas lagu ‘150 juta’ dan mereka berasa rugi sekiranya lagu ini tidak dibawa ke mainstream. Oleh sebab itu, mereka cuba menghubungi kak Fynn dan menjelaskan tentang perkara ini dan seterusnya kak Fynn telah sign agreement bersama pihak syarikat rakaman as a composer and a lyricist tapi bukan sebagai penyanyi untuk lagu ini (sekiranya lagu ini dbawa ke tahap mainstream).

Dan keputusan sebulat suara telah dibuat oleh pihak syarikat rakaman untuk memberikan peluang kepada Ainan menyanyikan lagu ini kembali.

Secara jujur, Ainan berasa sangat takut pada mulanya untuk menyanyikan lagu ini kembali kerana Ainan tahu lagu ini milik kak Fynn dan orang dah tahu ini adalah lagu beliau. Lagu yang sangat unik dan liriknya begitu indah, terasa diri ini kerdil dan tidak layak sama sekali untuk Ainan nyanyikan kembali lagu ini.

Siapalah Ainan? Tetapi, setelah mendapat nasihat dan motivasi diri dari pihak syarikat rakaman, keluarga dan rakan-rakan, Ainan mula fikir positif. Ainan nak jelaskan, bila Ainan nyanyikan lagu kak Fynn ni kembali, Ainan tak pernah ada sekelumit pun rasa ‘Oh ini lagu aku punya’, ‘lagu ni best, boleh pergi jauh, biar org lebih ramai minat aku dan suka aku’ atau apa-apa sangkaan yang sama taraf dengannya.

Malah, apabila Ainan dapat peluang menyanyi lagu seorang komposer yang pada pendapat Ainan sangat hebat orangnya, Ainan hanya fikir satu, ‘Aku nak orang lain, orang yang tak pernah dengar lagu ni (disebabkan lagu ini pada asalnya tidak pernah dimainstreamkan) sedar bahawa lagu ciptaan Fynn Jamal sama hebat sebaris dengan komposer-komposer lain yang terkemuka di Malaysia.

Mungkin ramai orang luar di sana yang tidak ada kemudahan internet tak pernah sedar akan kewujudan lagu ini. Ainan nak kongsikan lagu hasil ciptaan beliau ini kepada semua masyarakat Malaysia. Anggaplah ini satu cara untuk Ainan perkenalkan hasil nukilan kak Fynn kepada lebih ramai orang. Bukan untuk Ainan, bukan sebab ‘Aku penyanyi lagu ni, ini lagu aku, orang akan lebih minat aku’.

Sedih rasanya apabila orang kerap salah anggap dan buat tafsiran yang bukan-bukan. Senang cerita, kalau kalian rasa lagu ‘150 juta’ yang Ainan nyanyikan balik tidak enak untuk didengar, tidak mengapa. Berhenti dengar.

Ainan nak ucap tahniah sebab kalian orang yang bertuah kerana pernah mendengar dan tahu tentang kewujudan lagu ‘150 juta’ yang dicipta oleh kak Fynn yang tersangat hebat ini. At least, tugas Ainan untuk berkongsikan lagu ini kepada semua orang di Malaysia, sudah berjaya. Apa jua kritikan yang membina, Ainan terima dengan hati terbuka. Terima kasih :)

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.