berita

‘Kalau Tak Pernah Ada Period, Tolong Jumpa Gynaecologist. Jangan Buat Rileks Je Walaupun Badan Sihat’

July 3rd, 2020 | by Shahira
Kesihatan & Hidup Aktif

Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauster (MRKH) merupakan satu masalah kesihatan yang boleh terjadi kepada golongan wanita. Mereka yang menghidap MRKH tidak berkeupayaan untuk mengandung memandangkan mereka tidak mempunyai rahim dan laluan vagina.

Begitulah nasib yang menimpa Nur Syazwani Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan nama Wani Ardy apabila dia disahkan menghidap MRKH.

Jumpa Gynaecologist

Wani Ardy yang juga merupakan Pengasas Kumpulan Sokongan MRKH Malaysia menerusi akaun Twitternya ada berkongsi beberapa nasihat kepada golongan wanita mengenai sindrom MRKH.

Menurutnya, setiap wanita perlu peka terhadap kesihatan masing-masing dan janganlah bersikap sambil lewa. Tambah Wani lagi, sekiranya umur sudah mencecah umur 20 tetapi masih tidak datang haid maka ambillah inisiatif untuk berjumpa dengan Gynaecologist.

Buat laluan vagina

Menurut Wani, lubang (laluan vagina) ini boleh dibuat menggunakan Dilation Therapy tetapi kaedah ini memakan masa hampir 6 bulan malah ada yang perlu menunggu sehingga 2 tahun. Tempohnya adalah bergantung kepada badan dan tahap konsisten individu tersebut. Selain Dilation Therapy, satu kaedah lain iaitu pembedahan Vaginoplasty juga boleh dilakukan tetapi ianya tidak digalakkan.

‘Seks ini fitrah’

Kenali tubuh badan sendiri

Sementara itu, Wani turut menasihati golongan wanita supaya mempelajari dan mempunyai ilmu mengenai tubuh badan sendiri dan kesihatan supaya kelak mudah dalam melengkapi urusan antara suami isteri.

Sumber: Wani Ardy

SKIP THIS AD ×