berita

Hattan Gesa Syarikat Rakaman Pilih Artis Yang Berbakat, Bukan Hanya Popular Di Media Sosial

March 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Isu nyanyian yang didakwa tidak mencapai ‘standard’ di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 belum berakhir lagi walaupun sudah melabuhkan tirainya.

Artikel Berkaitan : ‘Jangan Perlekeh Persembahan Orang Lain’ – Siti Sarah

Artikel Brekaitan : ‘Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’ – Nabila Razali

‘AJL bukan pentas main-main’

Memetik laporan Harian Metro, Penyanyi Datuk Hattan mengatakan Ajl bukan pentas main-main kerana dianggap sebagai maruah industri seni berada di tangan barisan finalis yang telah dipilih dan sekali gus membawa nama Malaysia untuk tatapan negara luar.

Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka melahirkan bakat yang berkualiti tinggi

Hal ini kerana terdapat barisan finalis yang gagal menyanyi dengan baik dan akibatnya telah menjadi buah mulut kepada netizen di media sosial.

‘Pergi berguru sampai khatam’

Penyanyi Gadis Jolobu ini turut memberi nasihat agar peserta pertandingan bersikap terbuka dan mengakui kelemahan masing-masing.

Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.

Tambahnya, semua orang boleh menjadi penyanyi dan penerbit program atau syarikat rakaman perlu mencari mereka yang berbakat. Bukannya setakat menilai mereka dari pengaruh di media sosial.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×