Bila dah masuk bulan puasa, korang boleh nampak semua mall dah siap dengan dekorasi untuk celebrate Ramadan dan raya untuk pengunjung. Barulah rasa semangat nak shopping raya kan? Tapi yang selalu kita nampak dekorasi raya di pusat membeli-belah mesti ketupat, replika rumah kampung dan segala macam yang berkaitan dengan raya je.
Cuma mall yang admin nak share kali ni mungkin akan bikin korang agak teruja sikit sebab ia memang lain daripada yang lain. Kalau korang nak tahu sambutan raya di beberapa pusat membeli belah milik WCT Malls yang bertemakan Seronoknya Raya buat julung kalinya bawa naik penghuni bawah laut yang cukup famous dekat TV datang beraya di Malaysia. Biar betul?
SpongeBob SquarePants beraya di Malaysia tahun ni!
Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke 20 tahun, bahagian ruang legar di beberapa pusat membeli-belah milik WCT Malls diubah suai menjadi dunia bawah laut. Memang feel macam dalam tv! Comel je tengok SpongeBob SquarePants dan Patricks Star sambut hari raya.
Bagi mak ayah yang tak tahu nak bawa anak-anak korang jalan makan angin ke mana time puasa ni, korang boleh la berkunjung ke pusat membeli belah Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru atau boleh juga tengok dekorasi yang hampir sama di gateway@klia2!
Ada macam-macam koleksi menarik & edisi terhad
Selain berpeluang berseronok dengan SpongeBob SquarePants dan karakter lain, korang juga boleh tengok replika rumah nenas milik SpongeBob. Admin yakin anak-anak korang pasti teruja bila tengok sendiri kat depan mata. Bukan senang weh! Paling best, dekat situ nanti ada juga macam-macam koleksi menarik dan edisi terhad yang korang susah nak jumpa dekat tempat lain!
Berpeluang join pelbagai program menarik sepanjang Ramadan & Raya
Korang juga boleh berikan sokongan dalam program #SeronoknyaMenolong. Ada dua program amal yang dianjurkan di pusat membeli-belah Paradigm Mall, Petaling Jaya. Bolehlah membantu sambil membeli-belah!
Program ‘A Library of Hope’
Melalui program ini, korang sangat dialu-alukan untuk menyumbang pelbagai jenis buku yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. So, korang boleh je sumbangkan sama ada buku baru atau yang terpakai.
Tak kisahlah buku cerita, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dalam apa jua bahasa asalkan kandungannya sesuai untuk pelajar sekolah tau. Semua buku-buku yang korang sumbangkan nanti akan diserahkan untuk kegunaan anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.
Lokasi: Tingkat CC, Paradigm Mall, PJ
Tarikh: Bermula 10 Mei 2019 hingga 9 Jun 2019
Denim Donation
Selain itu, korang juga boleh bantu meringankan beban ibu tunggal dan wanita yang kurang bernasib baik daripada Suri Lifestyle. Just dermakan sebanyak mungkin pakaian terpakai berasaskan denim yang bersih seperti seluar atau baju korang yang lama-lama tu.
Pakaian terpakai yang didermakan tu akan dikitar semula dan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik! Bonus weh dapat pahala sebab tolong bagi punca pendapatan kat mereka. Korang yang nak menderma nanti boleh cari kotak sumbangan denim tersebut di lokasi bawah ni.
Lokasi: Tingkat CC, Paradigm Mall, PJ
Tarikh: Bermula 10 Mei 2019 hingga 9 Jun 2019
Tebus macam-macam ganjaran istimewa dan hadiah ekslusif!
Ini paling seronok sebab korang boleh tebus macam-macam hadiah ekslusif seperti Paket atau Sampul Duit Raya SpongeBob & Patrick, SpongeBob jute bag, SpongeBob Button badges. Korang boleh rujuk info dekat bawah ni.
1. Exclusive Raya Redemptions: Paradigm Mall Petaling Jaya (PMPJ) sahaja
Pembeli berpeluang menebus paket raya atau sampul duit raya eklusif SpongeBob edisi terhad atau paket raya WCT Malls dengan berbelanja minimum RM200. Manakala pengunjung yang memiliki kad keahlian WCT pula boleh menebus SpongeBob Jute Bag edisi terhad dengan berbelanja minimum RM400
2. Bonus Hour Redemptions: Paradigm Mall Petaling Jaya (PMPJ) sahaja
Korang berpeluang menebus Button Badge Edisi Terhad SpongeBob dengan berbelanja minimum RM100 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
3. Exclusive Raya Redemptions: Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB) sahaja
Pembeli berpeluang menebus paket SpongeBob Raya dan paket WCT Malls Raya (dengan berbelanja minimum RM250), SpongeBob Jute Bag (dengan berbelanja minimum RM400) beserta Button Badge SpongeBob eksklusif (dengan berbelanja minimum RM600). Pengunjung juga boleh mendapatkan bingkai gambar istimewa SpongeBob untuk menyimpan gambar kenangan Raya yang istimewa (apabila mereka membeli barangan Nickelodeon atau dengan berbelanja minimum sebanyak RM200).
4. Exclusive Raya Redemptions: gateway@klia2 sahaja
Pengunjung yang berada di gateway@klia2 juga berpeluang menebus paket raya atau sampul duit raya eklusif SpongeBob edisi terhad atau paket raya WCT Malls dengan berbelanja minimum RM100 dan SpongeBob Jute Bag edisi terhad dengan berbelanja minimum RM200
* Selagi stok masih ada
* Tertakluk kepada Terma dan Syarat
AKTIVITI MENARIK DI PARADIGM MALL PETALING JAYA (PMPJ)
Bertemu dan beramah mesra dengan SpongeBob SquarePants & Patrick Star
Tarikh: 18, 19, 25, 26 May 2019
Masa: 1:00PM, 3:00PM, &; 5:00PM
Bengkel Seni
Tarikh: 11, 12, 18, 19, 25, 26 Mei 2019/ 1, 2, 5, 6, 8 & 9 Jun 2019
Masa: 12:00PM & 4:00PM
Pertadingan Bercerita kisah CIC
Tarikh & Masa: 18 Mei 2019, 2:00PM
Persembahan Tarian Kanak-Kanak
Tarikh & Masa: 11 & 25 Mei 2019, 2:00PM
Tarikh & Masa: 1, 5 & 8 Jun 2019, 3:00PM
Raya Bears Costume Walkabout:
Tarikh: 12, 19, 26 Mei 2019/ 2, 6 & 9 Jun 2019
Masa: 4:00PM
Persembahan Solo/Duo Angklung
Tarikh: 11 , 18 & 25 Mei 2019/ 1 , 5, 8 Jun 2019
Masa: 5:30PM
Tarian Swatari
Tarikh: 12 , 19 & 26 Mei, 2019/ 2 , 6 & 9 Jun, 2019
Masa: 5:30PM
Persembahan Busker
Tarikh: 12, 19 , 26 Mei 2019/2 , 6 , 9 Jun 2019
Masa: 6:00PM
AKTIVITI MENARIK DI gateway@klia2
Bertemu dan beramah mesra dengan SpongeBob SquarePants dan Patrick Star
Tarikh: 31 Mei 2019/ 1, 7, dan 8 Jun 2019
Masa: 12:00PM, 2:00PM dan 4:00PM
Tarian Melayu
Tarikh: 11 & 19 Mei 2019/1, 6 & 9 Jun 2019
Masa: 3:00PM
Melodi Caklempong
Tarikh & Masa: 12 & 25 Mei 2019 / 2 & 15 Jun 2019 bermula 3:00PM-3:30PM
Tarikh & Masa: 5 & 6 Jun 2019 bermula 5:00PM
Joget
Tarikh: 18 & 26 Mei 2019/ 5, 8, 15 Jun 2019
Masa: 3:00PM
AKTIVITI MENARIK DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU (PARADIGM JB)
Bertemu dan beramah mesra dengan SpongeBob Square Pants dan Patrick Star
Tarikh: 17, 18, 19, 24, 25, 26 and 31 Mei/ 1 , 2 , 5 , 6 , 7 , 8 dan 9 Jun
Masa: 1:00PM, 4:00PM dan 8:00PM
Pertadingan Nyanyi SDS
Tarikh: 11 Mei 2019
Masa: 2:00PM
Bengkel Menganyam Ketupat Ribbon
Tarikh: 12 Mei 2019
Masa: 2:00PM
Tarian Zapin
Tarikh: 12 Mei 2019
Masa: 6:00PM
Konsert Pelajar Yamaha
Tarikh: 18 Mei 2019
Masa: 2:00PM
Pertadingan Little Miss Kebaya
Tarikh: 19 Mei 2019
Masa: 2:00PM
Persembahan Ghazal
Tarikh: 19 Mei 2019, 6:00PM & 5 Jun 2019, 2:00 PM
Pertadingan La Farine Cupcake
Tarikh: 25 Mei 2019
Masa: 2:00PM
Persembahan Dikir Barat & Alat Muzik
Tarikh: 25 Mei 2019
Masa: 6:00PM
Bengkel Batik
Tarikh: 26 Mei 2019
Masa: 2:00PM
Persembahan Caklempong
Tarikh: 26 Mei 2019
Masa: 6:00PM
Bengkel Kad Raya
Tarikh: 1 Jun 2019
Masa: 2:00PM
Persembahan Kuda Kepang
Tarikh: 2 Jun 2019, 2:00PM & 8 Jun 2019, 6:00PM
Time: 2:00PM
Persembahan Gamelan
Tarikh: 2 Jun 2019
Masa: 6:00PM
Persembahan Joget
Tarikh: 5 Jun 2019
Masa: 6:00PM
Pertadingan Congkak
Tarikh: 6 Jun 2019
Time: 2:00PM
Persembahan Angklung
Tarikh: 6 Jun 2019
Masa:6:00PM
Persembahan Kerongcong
Tarikh: 8 Jun 2019
Masa: 2:00PM
Tarian Kebudayaan Melayu
Tarikh: 9 Jun 2019
Masa: 2:00PM
Persembahan Inang Melayu
Tarikh: 9 Jun 2019
Masa: 6:00PM
Jom shopping & beraya bersama WCT Malls. Semua pun ada!
Okay guys memandangkan admin dah excited ni, admin nak seru korang dan seisi keluarga sekali untuk kita sama-sama serbu WCT Malls sepanjang Ramadan dan hingga menjelang raya tahun ini. Admin berani jamin korang dan keluarga tak akan kecewa. Tak perlu susah-susah nak pergi banyak-banyak tempat. Serbu satu tempat je, semua boleh dapat.
Best kan? Pendek kata, WCT Malls memang luar biasa weh. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sambutan raya yang meriah bersama WCT Malls, korang boleh layari laman sesawang dan media sosial berikut:
Website
Paradigm Mall PJ
Paradigm Mall JB
gateway@klia2
Paradigm Mall PJ
Paradigm Mall JB
gateway@klia2