Hati mana yang tidak terharu secara tiba-tiba melihat ayah sendiri mengalirkan air mata apabila dihadiahkan sebuah kereta baru dari anak-anaknya. Walaupun, seorang ayah disifatkan tegas, garang atau suka bergurau senda namun mereka juga mempunyai naluri lembut.

Perkongsian melalui laman Twitter dari Haziq Sapu memuatnaik video reaksi ayahnya terharu apabila anak menghadiahkan sebuah kereta baharu. Dia juga tidak menyangka melihat ayahnya menangis terharu dengan pemberian dari mereka adik-beradik ini.

Kali ini lain macam, terharu rasa

Perkongsian video yang mendapat 4ribu tanda retweet di laman Twitter ini membuatkan netizen turut menangis. Kali terakhir Hafiz melihat ayahnya menangis adalah ketika menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dahulu.

Malah, dia juga tidak menyangka ayah akan menangis sekali lagi apabila melihat pemberian hadiah dari anak-anaknya itu.

Bayar bulan-bulan bersama adik-beradik

Pembayaran kereta ini dibayar secara beransur daripada mereka adik-beradik. Pengguna Twitter ini juga meluahkan rasa bersalah untuk sesiapa sahaja yang sudah kehilangan seorang insan bergelar ayah. Dia juga tidak dapat menyangkakan perasaan dan sakit kehilangan orang tercinta dalam hidupnya.

Sumber: Haziq Sapu