Negara digemparkan dengan berita kehilangan bekas personaliti TV3 era 90-an iaitu Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman. Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu dan sehingga kini masih belum berjaya dijumpai walaupun segala usaha telah dilakukan.
Artikel berkaitan: Keadaan Rumah Berselerak, Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilapor Hilang Sejak Tahun Lalu
Menerusi laporan Harian Metro, bekas personaliti TV3, Zakiah Anas memberitahu dia sangat terkejut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita tersebut.
Terkejut bila dapat tahu
Menurut Zakiah, dia terkejut sebaik sahaja mengetahui berita kehilangan Zalina viral di media sosial. Tambah Zakiah, dia dan beberapa sahabat lain beranggapan bahawa Zalina mahu menjalani kehidupan secara ‘low profile’ selepas tidak muncul di kaca televisyen. Namun, tidak menyangka semua ahli keluarga Zalina sedang mencarinya juga.
Kami cuba menghubungi Zalina, selama ini. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya. Antara lain, Dang Suria Zainurdin, Sharifah Shawati, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, Jalan Liku, Bangsar. Jadi, apabila nak berjumpa, kami cuba menghubunginya, tetapi tak dapat. Malah, apabila menghubungi, tiada dering. Itu pun sangat lama, saya rasa dalam beberapa tahun lalu saya cuba menghubunginya.
Bercerita lebih lanjut, Zakiah dikatakan bertemu dengan Zalina buat kali terakhir semasa wanita itu mahu berangkat ke tanah suci bagi menunaikan haji.
Saya rasa kali terakhir saya berjumpa ketika Zalina membuat majlis doa selamat sebelum ke Makkah. Kalau tak salah dalam 2013. Lepas balik haji, kami terus tidak berhubungan. Jadi, sangat lama kami tidak berjumpa dengan Zalina. Kami ‘lost contact’ sejak tidak bekerja dengan TV3. Dia pun mungkin sibuk dengan keluarganya, jadi kami tak nak kacau dan faham kehidupan masing-masing.
Dengan rakan lain, walaupun tak jumpa, kami masih berhubungan. Malah, Zalina juga tiada laman sosial seperti Facebook dan Instagram kerana dia sangat ‘low profile’. Kawan baiknya, Ras Adiba dan Datin Nor Azlina Redzuan juga tidak dapat menghubunginya.
Tiada isu dengan Zalina
Sementara itu, rakan-rakan Zalina seperti Datuk Aznil Nawawi dan Ras Adiba meminta orang ramai membantu mencari sahabat mereka itu. Menerusi tiga hantaran dalam laman Instagram (IG), Ras Adiba meminta Zalina segera pulang. Manakala, Pak Nil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rakan seperjuangannya menghubungi pihak polis.
Terdahulu, polis sedang giat mencari Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
Amirul Asraf
Latest posts by Amirul Asraf (see all)
- Mat Redho Masih Trauma Insiden Anak Hilang – ‘Sekarang Mata Saya Lebih Peka & Pastikan Mereka Tidak Hilang Dari Pandangan’ - 24/11/2024
- Feeya Iskandar ‘Naik Angin’ Individu Tak Bayar Katering Suami – ‘Kau Ingat Katering Laki Aku Tu Modal Guna Air Liur?’ - 22/11/2024
- Ako Mustapha Tak Nak Ambil Tahu Soal ‘Payment’, Serah Kepada Pengurus – ‘Benda Tu Boleh Ganggu Emosi Saya’ - 22/11/2024