berita

“Kalis Peluru Mungkin Tidak, Tetapi HONOR X9b Tetap Tahan Lasak!” – CEO HONOR

October 23rd, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Peminat jenama HONOR, berita baik untuk korang sebab mereka akan lancarkan peranti baru secara rasmi di Malaysia pada 1 November ini. Haa mesti korang nak tau telefon apa kali ni kan?

Telefon pintar terbaharu, HONOR X9b yang terkenal dengan paparan melengkung OLED Ultra Tough, juga dikatakan telefon midrange yang paling laris di Malaysia.

Antara khabar angin tentang HONOR X9b, ada juga yang berkata HONOR X9b boleh kalis peluru, betul ke tidak? Jom terokai apa yang menarik dalam telefon ini dan dapatkan jawapan tentang khabar angin itu!

 

1. Boleh menyerap sehingga 1.2 kali ganda kesan kejatuhan.

Telefon ini adalah suatu pencapaian teknologi yang mempesonakan, tetapi kelemahan dia setiap kali terhempas ke lantai, ia seakan-akan melukakan hati kita dengan kerosakan yang mungkin timbul.

Sebelum ini kan ada yang cakap HONOR X9b tahan lasak sampai boleh tahan peluru. Uish betul ke tu?!

CEO HONOR Malaysia Justin Li, menjawab spekulasi tersebut,

“Pada masa ini, tiada telefon kalis peluru, dan pengguna tidak mempunyai permintaan sedemikian pada telefon pintar,

“Tetapi dengan HONOR Ultra-Bounce Anti-drop Display ianya 3 kali lebih kuat daripada pendahulunya dan ia menggunakan bahan inventif yang membentuk struktur penyerap kejutan di sekeliling telefon, dan boleh tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter serta perlindungan 360°.”

Bukan itu sahaja, HONOR X9b merupakan telefon pertama di dunia yang dapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

Haa hebat kan telefon pintar HONOR X9b ni. Mesti korang tak sabar nak tunggu pelancaran telefon ni kan.

2. Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari pertama.

Selalu kalau telefon dah retak ni, kena fikir dua tiga kali nak tukar sebab kos dia kadang-kadang lebih mahal dari harga telefon itu sendiri. Lagi-lagi time unboxing tu boleh pulak terlepas dari tangan. Fuhhh sakit hati beb!

Korang nak tau tak HONOR juga janji nak bagi penggantian retak depan & belakang 365 Hari. Wow, siapa nak bagi setahun waranti untuk betulkan telefon ni wehh!

Korang takkan dapat kat mana-mana. Siapa- siapa yang korang rasa telefon asyik jatuh je tu, boleh lah hadiah kan dekat dorang!

3. Kamera Ultra Jelas 108MP & 4nm Snapdragon 6 Gen 1.

Paling penting, tak lengkap lah sebuah telefon pintar tanpa kamera yang canggih kan? Kameranya yang ultra jelas boleh buat gambar yang diambil terang dengan banyak butiran.

So, kalau selfie atau tangkap gambar, memang puas hati la.

Bukan itu sahaja, HONOR X9b ni adalah yang pertama memperkenalkan pemproses 4nm Snapdragon 6 Gen 1 di pasaran tempatan.

Korang tau tak apa maksudnya tu?

Pemproses ini macam otak telefon, yang menjalankan banyak tugas termasuk pemprosesan gambar dan video.

Kelebihannya ialah teknologi 4nm yang menjadikannya pantas dan menjimatkan tenaga, memberi pengalaman pengguna yang lebih baik serta bateri yang tahan lama. Ini yang kita cari kamera bagus, bateri pun tahan lama. Tak perlu dah bawa powerbank lepasni!

4. Storan dan memori terbesar serta reka bentuk cincin yang premium

Selain itu, HONOR X9b ini didatangani dengan storan dan memori terbesar dalam kelasnya iaitu 20GB+256GB dan UFS3.1 terpantas.

Takdelah korang lepasni nak kena transfer masuk laptop sebab tak cukup memori kan. Satu telefon dah cukup untuk korang simpan semua kenangan!

Siapa peminat warna Orange, tengok lah gambar tu cantik beb! Sunrise Orange berserta vegan leather dan reka bentuk cincin yang premium. Boleh memukau sesiapa sahaja yang tengok!

Jangan risau terdapat juga warna-warna lain yang boleh korang tengok semasa pelancarannya nanti!

Dapatkan tawaran pembelian awal

Pastikan korang dapat tawaran pembelian awal untuk menikmati ganjaran bernilai sehingga RM978 serta menyertai cabutan bertuah yang melayakkan korang untuk memenangi pulangan wang sebanyak RM1500.

Caranya hanya dengan korang bayar deposit RM9 sahaja dan korang dah ada peluang untuk dapatkan semua tawaran di atas.

Macam-macam diorang nak bagi weh ada Earbuds X5, MOECEN Band dan lain-lain.

Jika korang berminat, korang boleh pergi ke laman web rasmi HONOR atau kedai HONOR untuk dapatkan diskaun awal bermula 27 Oktober ini!

SKIP THIS AD ×