
Pelakon Kamal Adli berkongsi momen bersama puteri tunggalnya, Hawra Uqaira di sebuah pusat beli belah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Imbas Detik Dalam Mahkamah – ‘Ayat Yang Buat Saya Pecah..Dengan Ini Saya Ahmad Kamal Menceraikan’
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Terpaksa ‘Shopping’ Saat Akhir, Dakwa Kamal Adli Beli Baju Raya Anak Saiz Besar – ‘Qeeya Belum Masuk 2 Tahun Lagi’
Momen bersama anak
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, dilihat mengenakan baju melayu berwarna hijau tua manakala anaknya berbaju kurung lengkap.
Dalam pada itu, Kamal sempat mengucapkan terima kasih pada bekas isterinya, Uqasha Senrose yang menyediakan baju kurung buat Hawra.
Selamat Hari Raya Aidilfitri rakyat dari ayah dan Hawra Uqaira.
Maaf Zahir dan Batin.
Alhamdulillah. Terima kasih banyak ibu siapkan baju kurung cantik.
Saya gembira, rakyat gembira tak?
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara didikan Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang disifatkan matang serta penuh hormat walaupun tidak lagi bersama.
Selain itu, Kamal turut meraih pujian warganet yang menyifatkan dirinya sebagai seorang bekas suami yang baik kerana tetap menjaga aib dan tidak sesekali membuka kisah lama.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 bagaimanapun mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Threads @kamaladli




![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)

