
Pelakon Kamal Adli menyokong tindakan Fattah Amin mengambil langkah undang-undang terhadap akaun ‘Musang Berjanggut’ yang didakwa melampaui batas dengan menyebarkan tuduhan tidak berasas.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hilang Sabar, Dakwa Akaun ‘Musang Berjanggut’ Sebar Fitnah Melampau – ‘Dah Tiba Masa Kita Semua Report’
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Kamal Adli Belajar Minta Maaf Kepada Diri Sendiri, Akui Mental & Tubuh Dah Penat – ‘Saya Seorang Yang Gagal Sebagai Manusia, Ketua…’
Sokongan
View on Threads
Menerusi komen di Threads Fattah, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, menyifatkan tindakan individu di sebalik akaun itu sudah keterlaluan.
Menurutnya, Fattah wajar mengambil tindakan untuk mengenal pasti individu di sebalik akaun tersebut kerana dia sendiri ingin mengetahui identiti sebenar pemiliknya.
Jahat gila mulut binatang tu. Bedal je Fattah, tak nak report sahaja.
Nak tahu juga siapa jadi ‘musang’ tu.
Sebelum ini, Fattah tampil bersuara susulan satu akaun di Threads yang didakwa mengandungi pelbagai fitnah dan tuduhan melampau terhadap dirinya.
Kata Fattah, sebelum ini dia memilih untuk tidak melayan segala dakwaan atau fitnah yang melibatkan dirinya.
Bagaimanapun, mendakwa beberapa perkara yang dibangkitkan oleh akaun ‘Musang Berjanggut’ telah melampaui batas.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
