
Pelakon, Kamal Adli tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai hos tetap rancangan Melodi.
Artikel Berkaitan: No Argentina! Kamal Adli Mahu Sepanyol Menang Piala Dunia 2026 – ‘Sebab Ada Lamine, Dia Muslim & Sokong Palestin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ketua Threads’ Kamal Adli Diumum Sebagai Hos Baharu, Teraju Melodi Bersama Ain Edruce
Rezeki
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberi oleh Allah SWT.
Katanya, dia melihat peluang itu sebagai rezeki Hawra yang turut membawa keberkatan dalam perjalanan kerjayanya.
Saya dari dulu asyik jadi hos undangan di Melodi tapi akhirnya Allah bagi ruang rezeki kali ini pada saya untuk jadi hos tetap, alhamdulillah sangat.
Ni rezeki Hawra. Insyaa-Allah saya buat terbaik dengan Ain Edruce.
Semalam, media melaporkan rancangan popular itu bakal menampilkan gandingan Ain Edruce dan Kamal sebagai hos baharu.
Dalam masa sama, Melodi turut memperkenalkan segmen baharu iaitu Muzik-Muzik 41, yang membawakan perkembangan terkini carta muzik tempatan setiap minggu, selain menggalakkan penyertaan peminat dalam proses pengundian menuju ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Sumber: Threads








