berita

Kamera Ultra-Lighting HUAWEI P60 Pro Ni Power Betul! Nak Tahu Kenapa? Ini Sebabnya!

May 11th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Sebut saja tentang telefon pintar Huawei ni, mesti korang tahu akan pelbagai kecanggihannya. Kalau korang nak tahu, HUAWEI bakal melancarkan siri terbaru Huawei P60 Pro dan semestinya akan membuatkan korang rasa tak sabar nak tengok.

Nak tahu kenapa? Ha sebab ia mempunyai kamera telefoto cahaya malap yang terbaik korang pernah jumpa. Bukan tu saja, ia juga tersedia dengan pelbagai kelebihan lain. Antaranya:

1. Superior camera

HUAWEI P60 Pro ini dilengkapi dengan tiga kamera belakang yang merangkumi kamera utama pencahayaan ultra 48 megapiksel, kamera sudut ultra lebar 13 megapiksel dan kanta telefoto pencahayaan ultra 48 megapiksel yang menjadikannya kamera telefoto cahaya malap terbaik dalam industri telefon pintar.

Manakala kamera hadapan nya pula mempunyai sensor 13 megapiksel yang boleh merakam swafoto yang menakjubkan walaupun dalam cahaya malap. Wahhh!

2. Mutiara Rococo Unik: Tekstur Satu-Sejenis

Selain itu, HUAWEI P60 Pro hadir dengan varian warna mutiara rococo. Ia diinspirasikan oleh gaya rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18 dan reka bentuk mutiara rococo adalah yang pertama dalam industri yang mempunyai tekstur mutiara asli. Setiap telefon ini juga mempunyai perbezaan yang unik antara satu sama lain.

Bukan itu saja, HUAWEI P60 juga didatangkan dengan warna hitam. Jadi, memang sesuai dan menjadi pilihan yang tepat lah untuk korang yang suka kan gaya trendy!

3. Paparan kaca kunlun empat lengkung yang tahan lama & lasak

HUAWEI P60 Pro juga dilengkapi dengan kaca Kunlun yang diperakui rintangan jatuh lima bintang SGS Switzerland pertama kali, serta skrinnya 10 kali lebih tahan lama. Jadi, kalau telefon korang jatuh pun, tak perlu susah-susah nak keluarkan duit untuk kos pembaikan semula sebab HUAWEI P60 ni memang tahan lasak. 

Bukan tu saja, telefon pintar ini didatangkan dengan paparan empat lengkung dan setiap sudut Quad curved siri huawei kini lebih bulat dan lembut di bahagian tepinya.

Jadi, bidang penglihatan tu tidak terbatas dan mengasyikkan. Kalau korang nak sentuh dan cengkam pun akan jadi lebih selesa.

4. Bateri boleh tahan lama

Setiap telefon pintar yang korang idamkan mestilah bila ia mempunyai bateri yang boleh tahan lama kan? Kalau dengan HUAWEI ni tak payah risau dah sebab ia mempunyai bateri 4815mAh yang cukup untuk bertahan sepanjang hari.

Ini kerana peranti ini juga disokong oleh teknologi supercharge 88W HUAWEI yang membolehkan korang mengecas dan  meningkatkan bateri kepada 50% dalam masa 10 minit sahaja. Bestkan!

5. AppGallery

Macam yang korang tahu, HUAWEI mempunyai aplikasi nya yang tersendiri iaitu AppGallery dimana korang boleh memuat naik aplikasi kegemaran korang, termasuk aplikasi Google kegemaran korang!

Nanti boleh lah terokai semua aplikasi yang ada dalam AppGallery ni, banyak yang menarik tau!

Tempah sekarang & korang berpeluang untuk nikmati hadiah bernilai sehingga RM1,560!

Dengan kamera yang unggul, reka bentuk yang unik, storan yang mencukupi dan hayat bateri yang tahan lama, telefon pintar ini sangat sempurna untuk sesiapa sahaja yang mahukan teknologi terbaik.

Jadi, yang mana tengah mencari telefon pintar baharu tu, boleh lah dapatkan HUAWEI P60 Pro ni! Siap boleh nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560 di HUAWEI Expererience Store serta hadiah percuma berjumlah sehingga RM1,460 untuk pembelian secara online tau! 

Tunggu apa lagi? Jom mula membuat pra-pesanan HUAWEI P60 Pro sehingga 19 Mei ini!

Korang boleh mula membuat pra-pesanan HUAWEI P60 Pro ini dari harga RM4,699 mulai 11 Mei sehingga 19 Mei 2023 di HUAWEI Experience Store yang terdekat atau pun di laman web rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada

Selain itu, boleh juga melalui rakan kongsi sah HUAWEI seperti Senheng dan senQ.

SKIP THIS AD ×