berita

Kamera Utama Sehingga 108MP, Samsung Galaxy S21 Berikan Rakaman Video Beresolusi 8K. Hebat!

February 5th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Kredit foto: Samsung Newsroom

Yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! The all new Siri Samsung Galaxy S21 5G kini dilancarkan dengan rasminya di pasaran Malaysia! Peranti baru daripada siri Galaxy ini tampil dengan penambahbaikan yang jauh lebih hebat terutama sekali melalui fungsi kamera utama dan kebolehan merakam videonya.

Mampu hasilkan gambar setaraf profesional!

Galaxy S21 Ultra 5G dilengkapi kamera beresolusi tinggi sehingga 108MP untuk hasil gambar yang memang instagramable habis!

Setiap gambar yang diambil menggunakan peranti Galaxy S21 Ultra 5G boleh disunting dan crop mengikut angle ataupun ruang tertentu yang korang mahukan.

Sementara Galaxy S21 dan Galaxy S21+ 5G pula disertakan dengan kamera 64MP untuk hasil gambar yang memukau dan tidak kurang hebatnya!

Galaxy S21 Ultra 5G hadir dengan kebolehan 100x Space Zoom. Jadi, semua gambar yang diambil dari jarak jauh akan terlihat tepat dan lebih jelas. Tak ada lagi dah masalah gambar kabur lepas ini tau!

Paling best, peranti ini juga berkebolehan untuk menghasilkan gambar setanding hasil fotografi profesional! Semuanya kerana ia dilengkapi fungsi hebat Artificial Intelligent (AI)

Malah, dengan adanya fungsi lain seperti AI Face Restoration dan Face Retouch, setiap selfie korang akan kelihatan lebih natural tanpa sebarang cela. Fungsi ini juga membantu mengekalkan tona dan tekstur asal kulit bagi menghasilkan gambar yang lebih realistik.

Teknologi AI turut diperluaskan kepada penggunaan fungsi mod potret dan mod pencahayaan malam agar pengguna dapat mengabadikan setiap momen istimewa mereka dalam gambar beresolusi tinggi meskipun dengan pencahayaan terhad.

Kualiti video beresolusi paling tinggi!

Galaxy S21 Ultra 5G adalah satu-satunya telefon pintar di pasaran yang menawarkan pengalaman merakam video berdefinisi 8K! Korang juga boleh menukarkan mana-mana bahagian dalam video tersebut kepada gambar berkualiti sehingga 33MP.

Kalau sebelum ini video yang korang rakam selalu bergegar, sekarang dah tak perlu risau lagi sebab peranti hebat ini didatangkan khas dengan kebolehan 60fps Super Steady untuk hasil video yang kelihatan jauh lebih hebat dan profesional!

Ditambah pula dengan kebolehan Director’s View, korang kini boleh melihat secara terus live preview untuk beberapa sudut rakaman secara serentak. Hebat betul!

3 sebab lain kenapa Samsung Galaxy S21 telefon pintar wajib beli

1. Prestasi hebat dengan rangkaian internet 5G

Berbekalkan sistem pemprosesan 5nm dan storan sehingga 512GB, peranti ini dijamin memudahkan segala urusan pengguna tanpa sebarang masalah.

Korang juga tak perlu nak korbankan mana-mana gambar atau file penting dalam phone sebab dengan storan sebesar 512GB, kami yakin dah lebih dari cukup nak tampung semua tu!

Ia juga dilengkapi dengan kebolehan internet 5G! Haa lepas ini nak muat turun drama atau filem semuanya boleh dibuat dalam sekelip mata je!

2. Penyambungan mudah ke semua peranti Samsung

Kalau korang pencinta Samsung dan memiliki banyak peranti atau aksesori jenama ini, haa memang sahlah korang kena dapatkan juga Siri Galaxy S21 5G sebab ianya mudah untuk disambung kepada mana-mana peranti dengan ekosistem yang sama.

Sambungkan je Siri Galaxy S21 5G ke Galaxy Buds Pro dan bersedialah untuk tenggelam dalam alunan muzik yang boleh membuatkan korang lupa keadaan sekeliling seketika melalui sistem pembatalan hingar.

 3. Rekaan unik, tak sama dengan peranti lain

Hadir dengan rekaan unik dan lebih menonjol, Galaxy S21 5G mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Bahagian kamera direka dengan nilai moden bersama potongan kontur melengkapi badan peranti tersebut memberikannya imej yang lebih ikonik.

Sementara pilihan warna pula datang dalam 6 variasi memanifestasikan gaya kehidupan berlainan untuk setiap individu. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah Phantom Silver, Black, Violet, Gray, White dan Pink dengan harganya bermula dari RM3,699 sehingga RM5,899.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 & hadiah percuma menanti korang!

Untuk setiap pembelian Galaxy S21 5G, korang berpeluang membawa pulang hadiah percuma berupa Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag dan Wireless Charger Trio. Syaratnya, pembelian haruslah dilakukan melalui rangkaian kedai terpilih yang kami senaraikan di bawah:

  1. Kesemua rangkaian Samsung Experience Stores
  2. Samsung e-Store
  3. Secara terus dari pengendali telco seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile
  4. Melalui Lazada atau Shopee
  5. Kedai barang elektronik seperti Senheng, Best Denki, Courts, Harvey Norman dan Urban Republic

Kredit foto: Tablet Monkeys

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai peranti Siri Galaxy S21 5G, korang boleh layari laman web rasmi Samsung di SINI.

SKIP THIS AD ×