berita

‘Kami Akan Memulakan Perjalanan Baru Secara Berasingan’ – Yasmin Hani, Suami Cerai

December 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut pelakon dan pengacara cantik, Yasmin Hani menerusi satu hantaran di Instagram memberi gambaran sudah bercerai dengan suaminya, Sha’arin Razali.

Dah bercerai?

Menerusi hantaran tersebut, Yasmin Hani menceritakan dia dan suami akan memulakan ‘perjalanan baru’ secara berasingan selepas 10 tahun bersama.

Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

Pada masa yang sama, bekas pengacara Helo Doktor ini berharap supaya semua pihak memberi ruang kepadanya dan menghormati keputusan yang diambil demi kebaikan keluarga dan anak-anaknya.

‘Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja’

Yasmin Hani juga turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa daripada orang ramai dan tetap ‘bersatu’ bersama suaminya sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan.

Terdahulu, Yasmin dan Shahrin berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Sumber: Yasmin Hani

SKIP THIS AD ×