berita

‘Kami Bagi Pihak Artortoise Ingin Mohon Ampun’ – Pengasas Artortoise Meninggal Dunia

December 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari ini negara kita digemparkan mengenai pemergian pengasas ilustrasi digital terkenal iaitu Artotoise, Ikhsan Ise yang meninggal dunia pagi tadi.

Al-Fatihah

Assalamualaikum WBT…
Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya² beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja.

Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana. InshaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. InshaAllah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti.

Menerusi posting Artortoise di Facebook menyatakan pengasasnya Mohamd Ikhsan Kamarudin telah meninggal dunia pagi tadi. Tambahnya lagi, mereka meminta maaf bagi pihak arwah dan meminta para peminatnya untuk terus mendoakan arwah supaya tenang di sana. Jenazah arwah bakal dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang, hari ini.

Dirawat di hospital

Seperti yang dimaklumkan dalam status sebelum ini, @ikhsanise Artortoise kini sedang menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang sejak Khamis 22.10.2020. Setakat ini, masih tiada perkembangan positif dan tahap kesihatannya semakin merosot disebabkan sistem pertahanan badannya yang sangat lemah selepas menjalani kemoterapi untuk kanser.

Oleh itu sempena hari mulia Maulidur Rasul ini, Artortoise sekali lagi dengan sangat rendah diri memohon doa dari semua yang membaca status ini agar Mohamad Ikhsan bin Kamarudin terus kuat dan lebih kuat berjuang untuk sembuh dan seterusnya kembali berkarya. Terima kasih juga pada yang membuat solat hajat untuk beliau. Semoga doa² kita semua dimakbulkan Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

Difahamkan sebelum ini Iksan sedang menerima rawatan Hepatitis B dan menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital sejak 22 October yang lalu. Menerusi posting tersebut juga menceritakan tentang tahap kesihatannya yang semakin merosot.

Hasil tangan

Terdahulu, Artortoise banyak menggunakan ilustrasi untuk menyebarkan pesanan khidmat masyarakat (PSA) semasa pandemik Covid-19 melanda di negara kita. Al-Fatihah.

Sumber: Artortoise

SKIP THIS AD ×