
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati agar tidak terjebak dengan penipuan ‘scammer’ yang menawarkan slot tempahan di restoran Rembayung milik Khairul Aming.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Cepat Penat, Breakout & Brain Fog’ – Daiyan Trisha Amal ‘Gut Reset Diet’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Flower Cafe’ Dijangka Buka Bulan Depan, Daiyan Trisha Risau Jangkaan Orang Ramai
Perlu hati-hati

Ketika ditemui oleh OhBulan!, Daiyan, 32, menjelaskan bahawa perkongsiannya baru-baru ini bukan bertujuan untuk mendapatkan simpati.
Sebaliknya dia mahu meningkatkan kesedaran orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum mempercayai mana-mana individu di media sosial.
Sebenarnya kami beli slot tempahan itu daripada sesorang yang bernama Dayang dalam platform Threads.
Tetapi sebenarnya saya sudah ada rasa ragu-ragu.
Jadi, kami pun macam bersedia 50/50, kalau kena scam, kami pergilah ke restoran lain.
Jika ada rezeki, alhamdulillah.
Rupa-rupanya memang kena scam dan nama dia adalah Dayang, saya masih simpan nombor akaun dia lagi.
Bila nak tengok balik, akaun Threads Dayang pun dah tak wujud,
Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur pada Selasa.
Simpati

Berkongsi lanjut mengenai jumlah kerugian, dia menjelaskan bahawa amaunnya tidak terlalu besar.
Namun, dia berasa simpati terhadap mereka yang datang dari jauh tetapi menjadi mangsa penipuan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Disebabkan kena scam, saya rugi sekitar RM120.
Tidaklah terlalu marah dan ketika itu juga saya tenang saja cuma kasihan pada mereka yang mungkin bawa ibu bapa atau datang dari jauh semata nak makan di Rembayung, kemudian kena scam pula.
Macam mana dia boleh sanggup buat benda ini pada bulan puasa?
Hari biasa pun tak okey, apatah lagi pada bulan Ramadan, memang tak baik.








