berita

Kami Bukan Lagi Pasangan Kekasih – Remy Ishak Jawab Status Cinta

September 24th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kerana hari minggu yang indah, sengaja OHBULAN! masukkan cerita ini sedikit lambat dari yang lain.

Semalam, akhbar Kosmo! melaporkan tentang status terkini mengenai hubungan cinta diantara Remy Ishak dan juga Tiz Zaqyah. Kedua pelakon ini mula bercinta ketika bertemu di set penggambaran Nur Kasih The Movie dan kisah cinta mereka hebat diperkatakan oleh ramai peminat.

Namun begitu, selepas 3 tahun mengait benang cinta, Remy Ishak mengesahkan bahawa mereka berdua sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan semenjak 3 bulan yang lalu.

“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.” – Remy Ishak.

Ini merupakan perpisahan kedua Remy bersama pasangan artis. Pertama kali pelakon filem Cun ini putus cinta ialah ketika bersama Ummi Nazeera.

SKIP THIS AD ×