Baru-baru ini, banjir besar yang melanda Selatan Thailand bukan sahaja menenggelamkan jalan raya, malah memutuskan hubungan komunikasi buat ramai penduduk dan pelancong.

Dalam situasi cemas itu, sekumpulan pelancong dari Malaysia berkongsi pengalaman hampir terperangkap tanpa sebarang bantuan.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai ialah apabila hanya satu telefon pintar berjaya berfungsi ketika semua yang lain gagal.

Terputus hubungan ketika air makin naik

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook GoldCelery771 menerusi kumpulan HATYAI Travelling & Lifestyle.

Menerusi perkongsian tersebut, sekitar 20 individu termasuk wanita hamil, warga emas dan kanak-kanak terkandas di sebuah stesen minyak di Chana, Thailand selepas kawasan sekeliling ditenggelami air.

banjir

Dalam keadaan terputus hubungan sepenuhnya, mereka tidak tahu situasi sebenar di luar. Sama ada laluan ke Dannok masih boleh digunakan atau sudah ditutup terus, semuanya menjadi tanda tanya.

Dalam keadaan serba tidak menentu itu, kebanyakan telefon pintar yang dibawa gagal mendapatkan sebarang talian. Namun keadaan berubah apabila seorang daripada mereka menggunakan telefon HONOR Magic7 Pro.

Satu telefon, satu-satunya talian harapan

Walaupun liputan data sangat terhad, telefon HONOR Magic7 Pro tersebut masih mampu menghantar mesej apabila berjaya menangkap sedikit isyarat rangkaian.

Mereka terpaksa menaip mesej lebih awal dan menunggu detik tertentu sebelum mesej tersebut berjaya dihantar keluar.

Tetingkap sambungan yang hanya bertahan kira-kira 24 jam itu akhirnya menjadi titik perubahan besar.

honor
Sumber gambar: Scoop.my

Satu mesej yang mengubah segalanya

Melalui mesej yang berjaya dihantar, pemilik telefon tersebut dapat menghubungi seorang rakan yang memaklumkan bahawa kawasan Dannok sebenarnya masih boleh dimasuki.

Maklumat itu memberi sinar harapan kepada kumpulan berkenaan. Dengan bantuan penduduk tempatan, mereka ditunjukkan laluan kecil melalui jalan pergunungan kerana laluan utama masih ditenggelami air.

Setiap kali telefon HONOR itu menangkap walau sedikit isyarat AIS, mereka dengan pantas menyemak Google Maps bagi memastikan hala tuju yang betul.

Akhirnya, dengan lima buah kenderaan membawa sekitar 20 individu, kumpulan tersebut berjaya keluar dari kawasan berisiko dan tiba di Dannok dengan selamat.

Dari mimpi ngeri ke kisah penuh harapan

Bermula dari pengalaman menakutkan akhirnya menjadi kisah yang menyentuh hati tentang kerjasama, kepercayaan dan peranan teknologi dalam situasi kecemasan.

Di penghujung perkongsian, GoldCelery771 turut meninggalkan mesej buat rakyat Malaysia lain yang masih terperangkap berhampiran kawasan Chana agar dapat melihat maklumat tersebut dan menemui jalan keluar dengan selamat.

Insiden ini secara tidak langsung membuktikan bahawa dalam situasi kritikal, walaupun hanya dengan sedikit isyarat, sebuah telefon pintar yang boleh diharap seperti HONOR Magic7 Pro mampu menjadi penyambung nyawa ketika segalanya terasa buntu.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, layari laman web rasmi HONOR di sini.