berita

‘Kami Duduk Satu Asrama’ – Video Tribute Rakan Meninggal Dunia Undang Sebak Netizen

September 18th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kehilangan orang yang disayangi seperti sahabat, sudah tentu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat rakan-rakan yang lain. Sahabat merupakan individu yang paling rapat selain keluarga tercinta. Menerusi Twitter Noah Dani Shahrin, dia berkongsi sebuah video ‘tribute’ khas buat arwah sahabatnya iaitu Darwish Haykal Mohd Rizalmi.

Menerusi laporan Mstar, Darwish dipercayai maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Hentian Kijal, Kemaman pada 13 September lalu. Remaja berusia 14 tahun itu, maut selepas kereta yang dinaikinya bersama keluarga merempuh sebuah lori treler.

Kecederaan parah di bahagian kepala

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pelajar Victoria Instution, Kuala Lumpur itu maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, ibu bapa Darwish Haykal iaitu, Mohd. Rizalmi Md. Romali dan Jaslina Abdullah serta dua adik-beradiknya, Harris Haydar dan Nur Aulia Hudaibiyah Syamzulhafiz, pula mengalami kecederaan.

Video ‘tribute’ mengenang arwah

Video berdurasi 0:41 saat dengan kapsyen ‘The pain of loss’ yang dikongsi oleh Noah di Twitter sebagai ‘tribute’ buat arwah sahabatnya itu mendapat lebih daripada 300k tontonan. Malah, video tersebut di retweet sebanyak 11k kali dan mendapat 13k tanda likes. Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak sebaik sahaja melihat video yang dimuat naik itu. Menurut Noah, sahabatnya itu baru sahaja pulih daripada kecederaan bahu kiri ketika main ragbi.

Arwah memang aktif main ragbi. Sebelum meninggal dunia dia patah bahu kiri masa main ragbi. Tapi saya dapat tahu bahu kanan dia pula patah akibat kemalangan tu. Semasa kejadian arwah dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan.

Disoal mengenai video, Noah memberitahu bahawa idea tersebut merupakan hasil perbincangan dirinya dan semua rakan-rakan yang lain.

Kami duduk satu asrama. Kami tulis nama kami dekat locker dia. Mula-mula nak post sebab teringat dan rindu dekat arwah yang pergi secara mengejut. Tak sangka video tu boleh viral. Kami pun terkejut sebab ramai komen sedih tengok video itu.

Perpisahan itu pasti

Rata-rata netizen, meluahkan perasaan sedih mereka sambil mengucapkan salam takziah buat keluarga Darwish. Menurut netizen, arwah Darwish pasti berasa bangga mempunyai sahabat seperti mereka yang selalu teringat dan berdoa kepadanya.

Sumber: Mstar & Noah Azmi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×