berita

‘Kami Hormat Keputusan Mereka’ – Ratu Elizabeth Akhirnya Akur Kehendak Putera Harry ‘Keluar’ Dari Istana

January 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ratu Elizabeth baru-baru ini, mengumumkan bahawa satu mesyuarat khas bersama cucunya iaitu Putera Harry bakal diadakan di Sandringham, Norfolk, England. Hal ini, berikutan pengumuman yang dilakukan Putera Harry untuk meninggalkan keluarga diraja England dan akan bekerja mencari sumber kewangan sendiri.

Terbaru, menerusi laporan Metro.uk, Ratu Elizabeth telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung mesyuarat yang telah diadakan.

Melalui tempoh peralihan

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Ratu Elizabeth telah mengadakan perbincangan berhubung masa depan Putera Harry bersama ayah dan abangnya iaitu Putera Charles dan Putera William. Melalui mesyuarat tersebut, anggota diraja bersetuju untuk memberi tempoh peralihan buat Putera Harry dan isteri supaya menghabiskan masa di Kanada dan Britain.

Kesemua anggota keluarga diraja menghormati dan memahami pendirian pasangan tersebut untuk menjalani kehidupan baru walaupun mereka agak berat untuk melakukan keputusan. Tambah Ratu Elizabeth, mesyuarat tersebut merupakan suatu perbincangan yang rumit untuk diselesaikan keluarganya. Namun, ketua negara mahukan keputusan dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.

Peranan baru dalam institusi diraja

Terdahulu, pasangan yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex itu, mengambil keputusan mahu mencipta peranan baru dalam institusi diraja dan mereka bersedia untuk melakukan perubahan yang lebih besar iaitu membahagikan masa antara United Kingdom dan North America disamping terus berkhidmat kepada Queen Elizabeth.

Pengumuman Putera Harry yang dibuat pada hari Rabu yang lalu ternyata mengejutkan seluruh keluarga diraja kerana mereka tidak berunding dengan Ratu Elizabeth dan seluruh ahli keluarga yang lain. Ekoran daripada itu, seluruh anggota keluarga diraja dan ratu berasa kecewa dan disakiti.

Sumber: Metro.uk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×