Rakan baik kepada Amira Othman iaitu Salima Habibi menegur segelintir netizen yang dilihat tidak henti menabur fitnah serta cuba melagakan penyanyi tersebut dengan bekas isteri suaminya, aktres Nur Fazura.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Minta Izin Dulu, Risau Nampak Tak Manis’ – Fattah Amin Dedah Restu Ibu Bapa Jadi Kunci Hubungan Dengan Amira Othman

Tak burukan orang lain

Menerusi satu hantaran di Threads, Salima menasihatkan orang ramai agar lebih baik mendoakan kebahagiaan buat kedua-duanya.

Kami kawan-kawan Amira tidak pernah cerita bukan-bukan (buruk) tentang orang lain. Sentiasa doakan dan minta Allah mudahkan urusan, untuk keluarga bekas isteri (Fazura) pun kami doakan.

Sebab kita semua hamba Allah, ujian buat netizen kali ini cukup hebat. Banyak membuat fitnah dan cerita rekaan versi sendiri serta melaga-lagakan.

Dalam pada itu, Salima turut berpesan bahawa setiap manusia tidak pernah mengetahui perjalanan hidup masing-masing, justeru perlu sentiasa berpegang kepada iman dan ajaran Allah.

Jangan… kita minta kebaikan untuk semua. Kita minta Allah jaga kita semua, minta Allah beri yang terbaik untuk semua.

Kerana kita sentiasa tidak tahu, tetapi Allah Maha Mengetahui. Mana yang dah terlepas, istighfar okay, doa yang baik-baik.

Sumber: Threads