berita

Kami Kongsikan Mitos dan Salah Faham Tentang Penjagaan Gigi Palsu dan Penahan Gigi Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

November 29th, 2022 | by Alia Natasha
Kini Trending

Pemakaian gigi palsu masih mendapat stigma sosial yang sangat besar. Topik tentang pemakaian gigi palsu jarang diperkatakan dan ramai juga yang mengakui bahawa pemakaian gigi palsu menjejaskan kerjaya dan aktiviti sosial mereka.

Hal ini membuatkan mereka cuba mengelak daripada situasi sosial dan enggan tersenyum. Kebanyakan pemakai gigi palsu juga sering kali mengelak untuk bercakap tentang gigi palsu mereka kerana berasa malu.

Korang tahu tak, gigi palsu bukan hanya untuk warga emas, malah terdapat pemakai gigi palsu yang berusia seawal 11 tahun! Gigi palsu separa atau gigi palsu flipper adalah penyelesaian yang mampu milik bagi menggantikan gigi yang hilang yang mungkin disebabkan oleh kecederaan sukan, kecacatan kelahiran (seperti sumbing), tumor atau kemalangan.

Namun, ia bukanlah pengakhiran buat pemakai gigi palsu sebab korang masih boleh membuat penampilan yang sempurna dengan membersih dan menjaganya dengan betul. Mudah kan?

Mitos tentang gigi palsu dan penahan gigi

Korang mesti pernah dengar kan pelbagai tanggapan tentang pemakaian gigi palsu dan penahan gigi. Antara tanggapan yang sering kita dengar adalah seperti pemakaian gigi palsu akan menyukarkan pemakai untuk mengunyah.

Namun, menurut rancangan Helo Doktor Gigi pada episod yang ketiga, mereka telah merungkaikan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali. Ia hanya memberi sedikit masalah untuk membiasakan pemakai gigi palsu.

Jadi kepada korang yang masih berfikir dan ragu-ragu untuk memakai gigi palsu tu dah tak payah risau lagi. Helo Doktor Gigi dah buktikan yang ia adalah sekadar mitos!

Mesti banyak lagi kan mitos yang korang pernah dengar. Ini antara mitos-mitos tentang gigi palsu dan penahan gigi.

1. Gigi Palsu Tidak Kelihatan Seperti Gigi Sebenar

Untuk pengetahuan korang, gigi palsu yang kelihatan tidak tulen pada gigi adalah gigi palsu yang murah dan dibuat dengan cepat untuk mengurangkan kos. Disebabkan itu, gigi palsu yang kurang berkualiti akan kelihatan pelik dan kurangkan keyakinan pemakai.

Gigi palsu yang berkualiti mempunyai beberapa langkah dan prosedur yang agak lama untuk mengekalkan dan memastikan bahawa gigi palsu tersebut dalam keadaan baik dan berkualiti. Ia kelihatan lebih natural dan pemakai akan berasa lebih yakin.

2. Penahan Gigi Cuma Perlu dipakai Selama Dua Tahun

Untuk bekas pemakai pendakap gigi atau braces mungkin tahu tentang mitos ini kerana selepas pembukaan braces mereka perlu memakai penahan gigi untuk memastikan gigi mereka tidak bergerak.

Untuk pengetahuan korang, pemakaian penahan gigi perlu dipakai seumur hidup untuk memastikan gigi korang tidak bergerak. Kalau korang dah lama tak pakai penahan gigi atau retainer ni, korang berkemungkinan perlu pakai braces semula tau.

3. Gigi Akan Berhenti Bergerak Ketika Meningkat Dewasa

Lebih kurang seperti mitos yang kedua, rahang kita melalui pelbagai peringkat bentuk dengan mengikut perubahan badan. Maka, perubahan bentuk rahang boleh berlaku yang akan menyebabkan gigi bergerak walaupun telah meningkat dewasa. Jadi pemakaian penahan gigi ni memang perlu dipakai seumur hidup.

4. Pemakai Gigi Palsu Tidak Perlukan Penjagaan

Walaupun gigi asli korang dah tak ada, tidak semestinya korang tak perlu membuat penjagaan oral. Gusi dan lidah korang masih perlukan penjagaan kerana ia masih menjadi tempat pembiakan bakteria.

Jadi korang masih perlu berus gigi dua kali sehari!

Kebimbangan utama oleh pemakai gigi palsu dan penahan gigi ni tak lain tak bukan adalah penjagaannya yang betul. Ini kerana sangat penting untuk pastikan gigi palsu kita sentiasa bersih tau!

Satu kajian telah diadakan pada 2019 yang mendapati hampir separuh daripada pengguna yang memakai alat oral di Malaysia menggunakan berus gigi dan ubat gigi untuk membersihkan peralatan mulut mereka.

Hm… Korang tau tak yang kaedah ni tak digalakkan sebab ubat gigi agak kasar dan berus gigi yang keras ni boleh calarkan permukaan perkakas mulut tu? Sekaligus akan menyebabkan plak terkumpul dan perkara ni lah yang menyebabkan mulut korang berbau.

Jom cuba Polident Cleanser dan Polident Pro Retainer & Guard Plug-in!

Dengan menggunakan Pembersih Gigi Palsu Polident dalam masa 3 minit bukan sahaja dapat membunuh 99.9% bakteria yang menyebabkan mulut berbau, malah dapat membantu menghilangkan kotoran dan plak yang degil. Disebabkan itu warna asal gigi palsu tidak akan berubah. Best kan!

Selain itu, Polident Pro Retainer & Guard terbukti dapat membersihkan 20 bahan peralatan mulut berbeza seperti penjajar, penahan gigi yang jelas, wayar logam ortodontik, poliuretana dan polipropilena. Pembersih ini dihasilkan dengan teknologi crystal clear yang berkesan untuk penggunaan harian dan lembut pada pelbagai jenis peralatan mulut.

Dengan menggunakan produk ini, ia dapat membersihkan tanpa mencalar yang menjadi penyebab kepada bakteria dan mikroorganisma untuk membiak.

Saksikan Helo Doktor Gigi Yang Bakal Bersiaran di TV3!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang penjagaan oral, jangan lupa saksikan Helo Doktor Gigi, rancangan mingguan berdurasi sepuluh minit yang bakal disiarkan bermula dari 14 November ini.

Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk mereka dan penjagaan kesihatan mulut, korang boleh layari laman web Polident.

SKIP THIS AD ×