berita

‘Kami Kumpulan Nasyid Juga Manusia Biasa’ – Raihan Sifatkan Yasin Sahabat Yang Baik, Mohon Netizen Tak Cepat Hukum

April 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kumpulan nasyid popular Raihan memohon agar orang ramai tidak terus menjatuhkan hukuman terhadap penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang didakwa mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Tolong Sampaikan Salam Kepada YB Syed Saddiq’ – Yasin Sulaiman

Jangan cepat hukum

Ketika ditemui OhBulan!, salah seorang ahli iaitu Abu Bakar Md Yatim berkata Yasin menghidap bipolar jadi tidak adil untuk kita terus menilai sedangkan belum tahu situasi sebenar.

Kata Abu Bakar, selama tempoh perkenalan mereka, Yasin seorang sahabat yang baik.

Kita tidak tahu apa yang dia lalui, jadi jangan terlalu cepat menghukum. Kami kenal dia dan dia seorang sahabat yang baik. Semua orang tahu dia ada penyakit dan kita tak tahu apa yang dialaminya.

Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bipolar.

Masa mula-mula dengar cerita ini pun kami tidak terus menilai sebab kami kenal dia bukan seperti itu.

Raihan ditemui ketika majlis sidang media pelancaran video muzik khas ‘The Sunnah The Better’ yang merupakan kolaborasi bersama Alif Satar & The Locos di Hadramawt Kitchen Ampang, pada Khamis.

Doa dipermudahkan urusan

 

Tambah Abu Bakar, biarpun Yasin pernah menganggotai kumpulan nasyid Brothers namun itu tidak bermakna dia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

Katanya lagi, doakan yang baik agar urusan Yasin dan keluarga dipermudahkan Allah.

Kami kumpulan nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan. Mungkin dia melakukan kesilapan dan kita doa semoga dapat diperbetulkan.

Kita doakan yang baik buat Yasin, anak-anak dan keluarga. Yang paling penting kita doakan ada pihak yang akan membantunya kerana ini bukan kes biasa.

Sebelum ini, Yasin ditahan selepas polis menyerbu kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara dan menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin pada pagi Khamis.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

SKIP THIS AD ×