berita

Kami Senaraikan 4 Situasi Paling “Annoying” Dalam Aktiviti Seharian. Mana Korang Paling Menyampah?

September 5th, 2017 | by Nurul
Sponsored Post

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, mesti akan ada terselit satu perkara yang akan membuatkan mood kita sedikit spoil dan hari kita pun jadi serba tak kena. Sebab tulah ada istilah ‘bad day’. Tapi yelah, kalau asyik smooth je, tak thrill la hidup ni kan.

Bila difikir-fikir balik, perkara-perkara annoyed ni sebenarnya dah jadi asam garam dalam hidup. Barulah berwarna warni sikit hidup korang tu. Dekat sini kami senaraikan situasi-situasi annoying yang selalu jadi dalam kehidupan seharian kita.

Kami yakin, mesti korang pun selalu berhadapan dengan situasi-situasi annoying ni kan?

Refresh router bila server internet tiba-tiba down!

Pernah tak bila mana korang tengah syok-syok guna internet tiba-tiba line disconnected. Arghhh! Nak-nak pulak masa tu kita tengah ada kerja urgent, nak reply e-mail client, ataupun nak submit assignment yang dah dekat deadline. Rasa nak jadi Hulk je!

Disaat-saat pentinglah dia nak bermasalah! Dah jadi satu kerja nak kena refresh router. Bagi yang ada wifi dekat rumah tu, takpelah jugak. Tapi kalau yang student tu, nak kena buat report dulu dekat juruteknik IT, memang berpeluh la nak tunggu router berfungsi semula! 

Touch up makeup bila seharian kat luar

Perkara ni kaum wanita memang selalu stress kalau terjadi. Yelah, dah penat make up cantik-cantik, pakai foundation yang tahan lama, pakai bedak anti minyak, tapi belum sampai petang, make up dah cair! 

Belum pun sehari suntuk menghabiskan masa dekat luar, kulit dah berminyak dan kena touch up banyak kali. Maklumlah..Malaysia kan panas! Hishh..malas betul, rugi make up pulak tu. 

Setuju tak kaum wanita?

Dah buffer lama video di Youtube tapi kena refresh page!

Pernah tak, korang tengah best layan video best dekat Youtube, tiba-tiba keluar amaran page error dan terpaksa refresh page! Padahal dah buffer dari awal dah. Huhu..

Terus kena start tonton dari awal. Bukan saja rugi masa, mood pun boleh spoil! 

Assignment dah siap, komputer tiba-tiba hang & terpaksa restart. Tapi korang lupa nak save kerja!

Admin pernah tau alami perkara macam ni. Bila dah berhari-hari bertungkus lumus tak tidur nak siapkan assignment, tiba-tiba masa tulah laptop buat hal. Takde pilihan, kenalah restart tanpa save dulu kerja tu sebab memang itu je jalannya!

Bila benda ni terjadi, memang rasa nak menangis dan meraung. Yelah dah berhari-hari tak tidur sebab nak siapkan, sekali kerja keras kita hilang macam tu je! 

Tapi ada satu perkara yang korang akan asyik nak refresh je!

Haa..apa yang kami maksudkan tu adalah Homesoy Honey Melon! 

Sebelum ni, hanya ada dua varian iaitu original dan gula perang, tapi kali ni Homesoy datang dengan varian baru, Honey Melon yang betul-betul ‘refreshing’!

Homesoy, diperbuat daripada kacang soya segar menggunakan resipi home-style bertujuan mengekalkan aroma asli dan tekstur soya. Sebab itulah, terasa kesegarannya! Selain itu, Homesoy juga tidak mengandungi bahan pengawet.

Cubalah Homesoy Honey Melon hari ini!

SKIP THIS AD ×