berita

Kami Share Satu ‘Tempat Lepak’ Kat Johor Bahru Yang Wajib Korang Try Cuti Sekolah Nanti

November 30th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Geng, nak lepak mana kat JB?

Korang yang first time datang Johor Bahru, mesti tak tahu apa yang menarik kan? Bila dah sampai Johor Bahru, mesti la nak tempat lepak yang best. Paling penting, boleh enjoy puas-puas!

Kali ni kami share satu tempat yang wajib korang singgah kat Johor Bahru. Cuti sekolah nanti boleh la pergi!

Shopping mall ni nampak cun kan?

Biar la gambar kat bawah ni berbicara. Shopping mall ni nampak nice dan cozy kan? Shopping mall apa kat Johor Bahru ni? Tak surprise kalau bagitahu sekarang. Meh kita tengok dulu apa yang menarik dekat mall ni.

Dekorasi mall bertemakan 5 benua dunia

Wow! Surprise bila dapat tahu dekorasi shopping mall ni bertemakan lima benua dunia (Amerika, Eropah, Australia, Asia dan Afrika). Ada kincir angin yang besar, tanglung dan macam-macam lagi. Feeling macam kat oversea!

Kami share sikit gambar untuk korang tengok. Rasa nak terus datang Johor Bahru la macam ni! Cantik wei. Tak dapat merasa pergi oversea, datang sini pun dah cukup puas!

 

Silap-silap kalau ambil gambar dan update kat instagram, followers ingat korang kat oversea sekarang. Padahal, kat Johor Bahru. Hehe.

Eskalator terpanjang dalam mall, sungai pun ada!

Terkejut betul. Serious la ada shopping mall ni ada eskalatornya sangat panjang? Fuh! Ni kalau dah naik, nampak gayanya memang teruja la.

Venice River ni menarik jugak. Ingat senang nak jumpa shopping mall kat Johor dengan konsep indoor river? Kat Johor Bahru je tau. Panjang sungai ni lebih 1 kilometer. Siap ada River Cruise. Sangat interesting!

Cabar keberanian korang di The City Of Glass

Paling best, ada The City Of Glass untuk korang yang nak cabar keberanian. Ketinggian lantai kaca ni 50 meter. Try la dengan member nanti. Tapi jangan la usik kawan korang yang takut tinggi tu. Menangis kang.

Seterusnya kami nak kongsikan benda paling menjadi tarikan ramai. Meh kami bagitahu sekali, shopping mall apa kat Johor Bahru tu. Korang mesti surprise punya.

MCM Studio, taman tema indoor terbesar Asia Tenggara di Capital City Mall, Johor Bahru

Bukan setakat shopping, kat Capital City Mall, Johor Bahru ni pun ada tempat untuk korang berseronok. Dalam ni ada MCM Studio, taman tema tertutup terbesar Asia Tenggara. Kalau nak tahu, MCM Studio ni ranking kelima dalam dunia okay. Fuh!

MCM Studio terdapat di seluruh tingkat ketiga dan keempat dalam Capital City Mall, Johor Bahru. Dah dibuka sejak 17 Oktober 2018. Ada 3 bahagian utama, iaitu Cartoon Planet, Movie Planet dan Music Planet.

Cartoon Planet sure jadi favourite anak korang!

Cartoon Planet ni memang dibina untuk kanak-kanak. Kat sini ada pelbagai watak animasi seperti Dinocore, Garfield, Harry & Bunnie, Larva dan banyak lagi. Bumper car pun ada. Bom!

Kami paling tertarik dengan Garfield Restaurant. Cute sangat. Nice kalau lepak sini dengan member. Bawak orang tersayang pun elok jugak. Sambil enjoy, sambil makan. Memang puas hati.

Setakat ni, Cartoon Planet je yang baru bukak. Sangat recommended untuk family dengan anak-anak yang masih kecil. Cuti sekolah ni bawak la anak-anak korang ya. Bukan selalu kan?

Rebut promosi serendah RM89 di MCM Studio sekarang dengan hanya muat turun Capital JB Apps!

Dah nak hujung tahun, takkan tak ada promosi kan? Mesti la ada! MCM Studio ada buat promosi dengan harga serendah RM96. Bukan senang tau nak dapat harga macam ni. Korang hanya perlu muat turun Capital JB Apps. Sangat berbaloi.

Tawaran ni sampai hujung tahun 2018 iaitu 31 Disember 2018. Korang kena cepat okay? Boleh terus ke laman web MCM Studio untuk maklumat lanjut. Like dan follow Facebook MCM Studio kat bawah kalau nak tahu update terkini mereka.

Alang-alang shopping tu, enjoy la sekali dengan family korang kat MCM Studio. Bukan selalu jadi budak-budak, ya tak? Entah-entah, korang lagi teruk daripada budak-budak yang main kat situ. Hihi.

Luangkan masa dengan family korang kat Capital City Mall, Johor Bahru waktu cuti sekolah nanti. Jom kita enjoy puas-puas. Meh tengok video kat bawah ni. Serious seronok!

Sekian, selamat menyambut cuti sekolah guys!

SKIP THIS AD ×