Foto pelakon, Intan Najuwa bersandar pada bahu seorang lelaki misteri di dalam sebuah kereta mencetuskan tanda tanya. Ada segelintir netizen mendakwa hubungan pelakon itu bersama bekas tunang telah pun kembali terjalin baik.
Intan Najuwa menerusi laporan Metro, mengesahkan gambar lelaki berkenaan adalah bekas tunangnya. Dia juga mengakui tetap menjalin hubungan baik dengan ahli perniagaan berusia 39 tahun itu.
Orang anggap kami macam budak-budak
Intan menyifatkan kini mereka dalam proses dan mahu menjalani kehidupan sepert biasa, dilihat lebih matang. Walaupun sudah putus tunang, tetapi dia mahu menjalin hubungan yang baik dengan bekas tunang.
Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.
Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.
Kami tak pernah bergaduh
Tambah Intan lagi, dia tidak mahu pedulikan kata-kata orang. Hanya mereka sahaja yang memahami situasi yang dijalani. Dia mengakui kedua-dua pihak keluarga juga tidak ada masalah sebelum ini.
Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja.
Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar posting suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami.
Sumber: Gempak