berita

‘Kami Tak Riak Tapi Kami Akan Buat Yang Lebih Bagus Pada Minggu Final..’ – Adira & Emma Suhaimi

November 30th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pasangan duo adik-beradik Adira dan Emma Suhaimi merangkul Duo Terbaik buat kali keduanya dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.

‘Kami percaya semua peserta telah all – out’

Kemenangan tersebut sekaligus melayakkan Adira dan Emma ke pusingan akhir berentap bersama-sama Sharif dan Syaiful dan duo sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran. Manakala duo suami isteri Tom dan Fuad Rahman, duo adik beradik Syahir dan Shila Amzah serta duo adik beradik Ryan dan Adam Bakery terpaksa meninggalkan pentas Famili Duo 2023.

Pada minggu separuh akhir, kesemua peserta duo membawa tema Hip Hop. Meskipun Hip Hop dan dance bukanlah forte Adira dan Emma Suhaimi tetapi percubaan sulung mereka berjaya memberikan persembahan yang dinamik hasil daripada usaha keras mereka berdua.

Alhamdulillah, kami puas hati dengan persembahan waktu semi final. Apabila sampai waktu persembahan, feel dan vibes jadi lain, jadi kami bagi lebih daripada apa yang kami sudah praktis.

Sebenarnya, kami langsung tak jangka akan menang di semi final dan dapat mara ke final. Kami tawakal dan redha untuk menerima apa-apa yang akan jadi sebab kami dah buat yang terbaik untuk semi final. Kami percaya semua peserta telah ‘all – out’.

Meskipun dinobat sebagai Duo Terbaik sebanyak dua kali, tetapi kemenangan tersebut tidak membuatkan mereka berasa ‘selamat’ di pentas akhir sebaliknya akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik.

Ia adalah rezeki untuk kami. Kami tak riak dengan kemenangan minggu lepas kerana ia tidak semestinya cukup bagus untuk kami rasa selamat di pentas akhir, kami akan buat yang lebih bagus nanti.

Saingan peringkat akhir akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×