Pempengaruh media sosial, Che Nom, menyifatkan komuniti pencipta kandungan bagi masakan sebagai satu kelompok yang cukup istimewa.

Artikel Berkaitan: Che Nom Dakwa Dihalau Dari Kafe, Anak Dituduh Penyebar Virus – ‘Dia Ada ASD’

Artikel Berkaitan: Che Nom Umum Berhenti Jadi Pencipta Kandungan, Titip Nasihat Buat Generasi Muda – ‘Dunia Influencer Bukan Jalan Pintas Cari Duit’

Video masakan adalah penyatu

Menerusi satu perkongsian di Threads, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 44, berkata meskipun mereka jarang dilihat berinteraksi secara terbuka sama ada di dunia maya mahupun secara bersemuka, hubungan yang terjalin dalam komuniti itu sebenarnya cukup kuat.

Ujar Che Nom, setiap video masakan yang dihasilkan menjadi penyatu antara satu sama lain, sekali gus menghubungkan mereka sebagai sebuah komuniti.

Komuniti content creator untuk masakan ni memang best.

Walaupun nampak macam kami tidak bersembang, sama ada di dunia maya atau di dunia nyata, tapi video masakan itu sebenarnya yang menyatukan kami semua.

Dalam pada itu, kandungan yang dikongsikan turut membina hubungan yang erat bersama para pengikut di media sosial.

Malah, ia juga membina hubungan yang sangat akrab dengan followers.

Macam ada rasa saling menyokong antara satu sama lain.

Sumber: Threads Che Nom