berita

‘Kamu Hampir Membunuh Kami Berempat Sekeluarga…’

May 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan detik cemas yang dialami Abdul Azim sekeluarga apabila kereta yang dinaiki mereka telah dilanggar oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih mengejutkan apabila individu tersebut tergamak melarikan diri dari kesalahan yang dilakukan.

Terdengar bunyi dentuman kuat

Apa beza kamu dengan pembunuh yang membunuh kanak-kanak dan wanita? Ya kamu sama tiada bezanya! Itulah kami tujukan kepada pelanggar lari yang melanggar kenderaan kami. Kamu hampir membunuh kami berempat sekeluarga.

Menceritakan kisah itu, Abdul Azim memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12 tengah malam pada 14 Mei 2020 (khamis) yang lalu di mana dia bersama isteri dan dua orang anaknya baru sahaja pulang dari rumah abang ipar di Taman Desa Mutiara, Johor.

Dia menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang untuk pulang ke rumah mereka yang terletak di Taman Uda Utama. Ketika dalam perjalanan, kereta yang dipandunya berada di lorong kiri dengan kelajuan yang sangat sederhana. Pada ketika itu, mereka sekeluarga terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakang kanan tempat pemandu sebelum kereta tersebut terbabas dan melambung sehingga ‘melekat’ di pokok.

Rugi hampir RM25k

Lebih mengejutkan apabila melihat isteri dan anak lelakinya yang baru sahaja berusia 3 tahun telah terpelanting keluar sementara dia dan anak perempuannya yang berumur 8 tahun masih berada di dalam kereta. Keadaan ketika itu sangat cemas lebih-lebih lagi apabila mendapati anak lelakinya yang berada di kawasan semak samun dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan isterinya sudah meraung kesakitan. Tetapi malangnya tiada satu kenderaan pun yang berhenti untuk membantu kerana keadaan jalan pada ketika itu agak gelap.

Menurut Azim, kenderaan yang melanggar keretanya juga tiada di situ. Tanpa berfikir panjang, Azim menghubungi abang ipar dan ibu mertuanya untuk meminta pertolongan dan akhirnya selepas 20 minit mereka tiba di lokasi kejadian. Mereka sekeluarga kemudian di bawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Kereta yang melanggar kami adalah sangat-sangat laju sehinggakan kami boleh melambung berpusing sebanyak 4 hingga 5 kali. Kami sekeluarga mengalami kerugian hampir RM25 ribu kerana kenderaan kami di declare total lost dengan kos rawatan hospital ubat ubatan yang ditanggung oleh pihak kami sendiri!

Terima kasih atas doa

Sementara itu, Azim turut meminta pelaku yang telah melanggar keretanya itu supaya tampil bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukannya. Tambahnya lagi, dia dan keluarga akan discharge dari wad tetapi mereka masih dalam proses penyembuhan dan perlu berulang ke hospital selama 2 hingga 3 bulan untuk kembali sihat seperti sedia kala. Dia juga turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa dia langsung tidak perasan jenis kenderaan dan nombor plat kereta yang melanggarnya itu. Difahamkan, mereka akan membuat laporan polis dan mendapatkan rakaman CCTV di kawasan tersebut.

Sumber: Abdul Azim

SKIP THIS AD ×