berita

‘Kamu Selamanya Hero Buat Noah’ – Bunga Citra Lestari Bangga Arwah Ashraf Berjaya Didik Anak Jadi Lelaki Sejati

June 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena Hari Bapa hari ini, penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik sebuah video momen terindah di antara arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair dengan anaknya, Noah.

Artikel berkaitan: Bunga Citra Lestari Nafi Dakwaan Positif Covid-19 Selepas Pulang Bercuti Dari Bali

Artikel berkaitan: Bunga Citra Lestari Positif Covid-19

Terima kasih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Happy Father’s day love. Kamu sentiasa jadi hero buat Noah.

Menurut Bunga, dia berterima kasih kepada arwah Ashraf kerana membuat Noah sentiasa ketawa dan bahagia. Di samping itu, arwah juga selalu mengajar anak tunggal mereka mengenai erti kehidupan. Paling tidak boleh dilupakan, arwah pernah berpesan kepada Noah agar sentiasa mencintai diri sendiri, memaafkan diri sendiri apabila melakukan kesalahan serta belajar daripada kesalahan tersebut.

Sebagai ibu, Bunga berasa bangga melihat Noah mempunyai ciri lelaki sejati. Meskipun, Noah sudah tidak mempunyai ayah di sisi, Bunga menyatakan bahawa arwah Ashraf akan sentiasa menjadi hero kepada anaknya itu.

Arwah pasti gembira

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen yakin bahawa arwah Ashraf pasti gembira melihat kehidupan Noah dan Bunga sekarang ini. Netizen turut memberi ucapan Selamat Hari Bapa buat Bunga dan berharap pelantun suara ‘Cinta Sejati’ ini terus kuat dalam membesarkan Noah serta berjaya menggalas tanggungjawab arwah Ashraf dengan baik.

Sumber: Bunga Citra Lestari

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×