berita

Kanak-Kanak 10 Tahun Ditemui Mati Tergantung, Laporan Bedah Siasat Dedah Punca

January 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kes membabitkan kanak-kanak maut akibat membunuh diri dilaporkan berlaku baik di dalam mahupun luar negara. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa betapa seriusnya masalah kemurungan dalam kalangan kanak-kanak sehingga mereka sanggup bertindak sedemikian di usia yang masih kecil.

Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak warganegara tempatan yang baru berusia 10 tahun telah meninggal dunia dalam keadaan dirinya tergantung dengan tali di leher dan terikat pada pemegang tangga rumahnya, semalam.

Terima panggilan dari hospital

Menerusi laporan portal itu, kejadian tersebut telah berlaku di Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitendan Mohd Sabri Abdullah, terdahulu pihaknya telah menerima panggilan dari sebuah hospital swasta semalam.

Katanya, pihak hospital terbabit memaklumkan bahawa mereka telah menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ibu bapanya.

Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tergantung pada jam 5:30 pagi semalam.

Anak sulung dari dua beradik

Tambah Mohd Sabri, mangsa merupakan anak sulung daripada dua beradik dan masih bersekolah. Malah katanya, kanak-kanak perempuan itu juga kali terakhir dilihat kira-kira jam 9 malam sebelum tidur.

Siasatan awal mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada dua orang beradik kali terakhir dilihat masih hidup pada 9 malam, Rabu.

Ibu bapanya menemukan mangsa pada 5.30 pagi keesokan hari dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga.

Tiada tanda serangan seksual

Sementara itu menurut laporan Astro Awani, Mohd Sabri berkata keterangan daripada ahli keluarga mangsa juga sudah diperoleh malah hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan menggantung diri.

Malah menurutnya, sebarang kesan kecederaan dan tanda keserangan seksual juga tidak ditemui pada tubuh mangsa.

Siasatan polis tidak menemui sebarang perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah dan keterangan dari kesemua ahli keluarga mangsa telah diambil dan tiada yang mencurigakan.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan gantung diri, tiada kecederaan lain berunsur jenayah atau serangan seksual.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×