
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh adik kandungnya.
Artikel Berkaitan: Wanita 21 Tahun Racun Mangsa Hingga Maut, Guna ChatGPT Rancang Pembunuhan
Artikel Berkaitan: Penculik Tersalah Sasaran, Datuk Umur 85 Tahun Jadi Mangsa Pembunuhan
Abang bunuh adik
Memetik laporan New York Post, insiden ngeri itu berlaku di Centennial, pinggir bandar Denver, Amerika Syarikat pada Selasa.
Difahamkan, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa yang berusia 5 tahun itu bersama dua abangnya dilihat gembira meluangkan masa bermain dengan kanak-kanak di kejiranan tersebut.
Rata-rata penduduk setempat seakan tidak percaya dengan tragedi yang menimpa dua beradik itu, memandangkan keluarga mereka selama ini dikenali sebagai sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
Susulan insiden itu, pihak berkuasa dari Pejabat Syerif Daerah Arapahoe mengesahkan bahawa suspek kini berdepan dengan pertuduhan bunuh tahap pertama.
Walau bagaimanapun, disebabkan mangsa dan suspek masih di bawah umur, pihak polis sangat berhati-hati dalam mendedahkan butiran lanjut mengenai punca kematian atau motif di sebalik kejadian tersebut bagi menghormati privasi dan mematuhi undang-undang perlindungan kanak-kanak.
Siasatan kini sedang giat dijalankan untuk mengumpul fakta dan bukti.
Mereka memohon orang ramai untuk terus bersabar dan menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.
Sumber: New York Post