Gambar sekadar hiasan
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan maut selepas tidak sedarkan diri di dalam pesawat Turkish Airline ketika dalam perjalanan ke New York.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Ditikam Berkali-Kali Oleh Bapa Kandung Hingga Tertusuk Jantung
Pendaratan cemas dilakukan
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Daily Mail, krew penerbangan memberikan rawatan awal dengan melakukan pertolongan cemas ketika pesawat masih di udara terhadap kanak-kanak yang turut dikatakan mempunyai kecacatan itu.
Pesawat kemudiannya melakukan pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di Hungary bagi membolehkan kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan susulan.
Sejurus mendarat, kanak-kanak itu bersama keluarga dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans namun gagal diselamatkan.
Pesawat tersebut kemudiannya berlepas semula ke New York dari Hungary untuk meneruskan perjalanan dan selamat tiba di Lapangan Terbang JFK di New York pada 3.45 petang waktu tempatan.
Sumber: Daily Mail