berita

Kanak-Kanak 11 Tahun Sesak Nafas Lepas Makan Biskut Ganja Buatan Bapa

May 30th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan mengalami sesak nafas selepas termakan biskut yang dibuat oleh bapanya yang disyaki dicampur dengan ganja dalam kejadian di Lawin, Gerik, semalam.

Sesak nafas lepas makan biskut ganja

Sekadar gambar hiasan

Mangsa yang mengalami sesak nafas, pening dan loya telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lawin. Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan selanjutnya.

Bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penoreh getah telah ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu ini.  Saringan ujian awal air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×