
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa jenayah seksual datuk kandungnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’
Artikel Berkaitan: Pendakwah Didakwa Cabul 5 Pelajar Lelaki, Umpan Bawa Sambung Belajar Ke Mesir
Datuk rogol cucu

Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di Rokan Hilir (Rohil), Riau, Indonesia pada awal pagi Jumaat sekitar jam 3.00 pagi waktu tempatan.
Pada awalnya, keluarga mangsa menyangka kanak-kanak tersebut hanya mengalami sakit biasa selepas menunjukkan simptom demam dan keadaan tubuh yang lemah.
Namun, selepas dibawa ke pusat kesihatan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan serius pada bahagian sulit mangsa dan disyaki berlakunya unsur penderaan seksual.
Susulan itu, laporan polis telah dibuat dan seorang lelaki berusia 45 tahun yang merupakan datuk kandung mangsa ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Pada awalnya, suspek mengaku tidak bersalah namun akhirnya mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu.
Difahamkan, perbuatan tersebut dipercayai berlaku beberapa hari sebelum mangsa jatuh sakit dan dilakukan berulang kali sehingga menyebabkan keadaan kesihatan mangsa merosot.
Ketua Siasatan Jenayah Polres Rokan Hilir, AKP Kristofel memaklumkan bahawa suspek kini telah ditahan dan ditetapkan sebagai tertuduh, manakala kes masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Sumber: Lampung Tribunnews








