berita

Kanak-Kanak 5 Lima Tahun Maut, Disepak & Ditendang Sampai Pecah Usus Oleh Nenek Saudara

January 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dapat digambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu, apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan maut akibat didera oleh nenek saudaranya sendiri pada 30 November yang lalu. Lapor Harian Metromangsa yang berusia lima tahun dipercayai telah disepak dan ditendang sehingga mengakibatkan usus pecah.

Kejam!

Difahamkan suspek merupakan warga Indonesia yang berumur 55 tahun dan menetap bersama keluarga manga sejak tahun 2017. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, ketika kejadian, mangsa dijumpai dalam keadaan yang tidak sedarkan diri di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin pada jam 7 malam. Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumput (HKL) bagi bedah siasat.

Susulan daripada bedah siasat yang dilakukan, pihaknya mengesahkan mangsa maut berikutan mengalami kecederaan pada usus akibat didera.

Keluarga mangsa pada mulanya mendakwa mangsa mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu selain enggan membuat bedah siasat. Berdasarkan keputusan bedah siasat itu, polis menahan enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama yang juga nenek saudara mangsa untuk siasatan lanjut.

Buka kertas siasatan

Sekadar gambar hiasan

Berikutan daripada itu, pihak polis membuka siasatan kerana kes tersebut dipercayai sebagai kes bunuh dan terdapat unsur jenayah pada mangsa. Tidak berakhir di situ, pihak polis turut mempercayai supek mendera mangsa yang tidak mampu berjalan dan berdiri kerana sering buang air besar tanpa sengaja.

Mangsa juga mempunyai rekod penyakit lebihan cecair dalam otak selain pernah menjalani pembedahan namun mampu bertutur dengan baik. Bapa mangsa yang tinggal bersama dipercayai tidak menyedari kejadian menimpa anaknya kerana bekerja sebagai pemandu lori dan sering tiada di rumah.

Kini, kesemua suspek telah ditahan bermula 1 Januari yang lalu dan kes tersebut masih dalam siasatan dan akan disiasat  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×