berita

Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Ditikam Berkali-Kali Oleh Bapa Kandung Hingga Tertusuk Jantung

May 2nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dibunuh ayah kandungnya di Gresik, Jawa Timur.

Artikel Berkaitan: Melawan Ketika Cuba Dirogol, Budak 7 Tahun Dibunuh Bakal Abang Ipar & Mayat Disorok Celah Batu

Ditusuk pisau berkali-kali

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Kompas.com, kanak-kanak berkenaan sedang tidur di dalam biliknya sebelum bapanya masuk dan menikamnya.

Mangsa yang masih bersekolah di tahap dua di sebuah sekolah di sana kemudiannya bertarung nyawa selepas ditikam secara berkali-kali.

Menurut Pegawai Polis Gresik, Kompol Erika Purwana Putra, siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau dapur yang berukuran 30 sentimeter.

Tikaman yang dilakukan suspek turut terkena pada organ jantung dan telah menyebabkan si mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdapat 21 bekas tusukan pisau dapur, semuanya di bahagian punggung mangsa. Ada juga tusukan yang mengenai dan menembus jantung mangsa.

Dalam pada itu, ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan tidak berada di rumah dan rumah mereka yang terletak jauh dengan masyarakat setempat menyebabkan mangsa tidak dapat diselamatkan.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×