Selebriti dan penyanyi rap iaitu Caprice ada berkongsi di Instagram mengenai satu kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Budak didera kekasih ibu
Menerusi laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, anak perempuannya itu dipercayai dipukul oleh teman lelakinya menggunakan penyangkut baju dan ditampar di muka hanya kerana membuat bising.
Dakwa wanita itu lagi, dia sudah berusaha melindungi anaknya namun gagal. Akibat perbuatan agresif itu, mangsa yang baru berusia setahun 11 bulan itu mengalami kecederaan pada bibir, mata dan badannya dipenuhi kesan lebam.
Kedua-dua beranak ini kemudian dihantar pulang ke rumah ibunya di Setapak Jaya oleh lelaki tersebut tetapi siapa sangka, lelaki itu kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis.
Sementara menurut laporan Berita Harian, polis sedang memburu suspek, 31, dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan, kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ditemani ibunya untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Caprice, Berita Harian