berita

Kanak-Kanak Hilang Tiga Minggu, Rupa-Rupanya Dijual Di Aplikasi ‘Dating’

December 22nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang pelajar sekolah rendah berusia 12 tahun dari Bandung yang didakwa hilang selama tiga minggu telah ditemui.

Artikel Berkaitan: Ibu Rancang Culik Anak Sendiri Demi Wang Tebusan

Artikel Berkaitan: Bapa Rogol Anak Kandung Sampai Hamil Dua Kali

Lari dari rumah

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, pelajar perempuan tersebut telah dijual oleh lelaki yang dikenali melalui media sosial.

Perkara ini diketahui daripada hasil siasatan yang dijalankan Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung.

Menurut Ketua Polis Daerah Bandung, Kombes Budi Sartono, mangsa melarikan diri dari rumah untuk bertemu salah seorang suspek yang dikenali di media sosial.

Suspek telah membawa mangsa ke beberapa tempat di Bandung sebelum menjualnya melalui sebuah aplikasi temu janji dan kemudian melakukan seks dengannya.

Selepas itu, suspek membawa mangsa kepada orang lain dan meletakkan kanak-kanak itu di sebuah apartmen di Kota Bandung.

Ketika itu, seorang lagi suspek juga melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Setelah tiga minggu mangsa hilang, akhirnya polis menemuinya di sebuah apartmen tempat dia dan suspek berada.

Suspek mengakui sebelum melarikan diri, mangsa menghubunginya dan memintanya membawanya keluar dari rumah.

Disebabkan itu, kedua-dua suspek ditahan dan boleh dikenakan penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×