berita

Kanak-Kanak Maut Dibakar Hidup-Hidup, Gara-Gara Dedah ‘Skandal’ Ibu Kepada Bapa Tiri

October 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Tindakan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai mendedahkan mengenai hubungan sulit ibunya kepada bapa tirinya mengundang padah apabila dia telah dibakar hidup-hidup sehingga maut.

Kejadian tersebut berlaku di Moscow, Rusia dan ibu kepada kanak-kanak ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun akibat kesalahan tersebut.

Marah dengan tindakan anak

Foto: Daily Mail

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, suspek yang dikenali sebagai Anastasia Baulina, 32, dikatakan marah dengan tindakan anak lelakinya Andrey yang bertindak mendedahkan mengenai hubungan sulitnya. Mengulas lebih lanjut, wanita yang berasal dari Kursk berhampiran sempadan Ukraine mengaku telah menyimbah petrol ke atas anaknya sebelum bertindak membakar mangsa menggunakan mancis.

Bagaimanapun, suspek cuba meyakinkan pihak mahkamah bahawa dia hanya mahu menghukum anak lelakinya dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk membunuh. Tidak berakhir di situ, suspek juga sempat menceritakan dia telah memadamkan api tersebut menggunakan salji.

Penjara 15 tahun

Sekadar gambar hiasan

Namun, pihak hakim telah menolak keterangan tersebut selepas anak perempuan suspek Natalya, 12, memaklumkan bapa tirinya, Pavel, 35, yang bertindak memadamkan api tersebut. Ujar kanak-kanak perempuan ini, suspek sempat memberitahu sesuatu kepada mangsa sebelum bertindak menyimbah petrol.

Mari kita melihat bagaimana orang-orang sawah terbakar. Dia kemudian cuba menyalakan api menggunakan tiga mancis yang semuanya terpadam, sebelum keempat berjaya dan dilemparkan terhadap baju mangsa.

Kini, suspek telah disabitkan atas kesalahan membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×