Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi rakannya tidak sedarkan diri akibat dihempap tiang elektrik ketika sedang bermain di Kampung Belukar, Changlun petang semalam (Selasa).
Artikel Berkaitan: Ramai Tak Puas Hati Lelaki Rogol Kanak-Kanak 5 Tahun Cuma Disuruh Ketuk Ketampi Sebagai Hukuman
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Maut Didera Bapa Tiri, Usus Pecah Dihentak Objek Tumpul
Main dekat tiang elektrik
Difahamkan, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang berusia lingkungan 11 tahun itu sedang bermain sekitar longgokan tiang elektrik di tepi jalan berkenaan yang kemudian terjatuh lalu menghempap mangsa.
Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung situasi terbabit sekitar jam 5.33 petang.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam telah menerima maklumat ada tiga mangsa berusia 10 dan 11 tahun dipercayai bermain berdekatan tiang elektrik yang dilonggokkan di tepi jalan.
Ketika tiba di lokasi, didapati hanya dua mangsa masih berada di lokasi, iaitu seorang yang dipercayai sudah meninggal dunia manakala seorang lagi tidak sedarkan diri yang berjaya dibawa keluar oleh orang awam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki yang terlibat meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala. Tambahnya lagi mayat mangsa yang berusia 10 tahun telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.
Manakala dua lagi rakanannya masing-masing mengalami kecederaan pada bahagian paha dan pinggang. Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Harian Metro