
Tular semula sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat lagi bermain bola sepak seperti dahulu di sebuah taman permainan berhampiran kediamannya.
Artikel Berkaitan: Dakwaan Wanita Rohingya Cuba Tukar Bayi, KKM Nasihat Jangan Kongsi Berita Belum Sahih
Padang ‘ditakluk’ Rohingnya?

Keadaan itu didakwa berlaku selepas kawasan padang di taman permainan berkenaan sering digunakan oleh sekumpulan warga Rohingya, menyebabkan kanak-kanak terbabit mendakwa kini sukar untuk bermain di situ.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kanak-kanak berkenaan berkata kawasan yang dahulunya menjadi lokasi kegemaran dia dan rakan-rakan untuk bermain kini sudah berubah.
Sedih, dulu kami (kanak-kanak tempatan) bermain di sini. Tapi tiba-tiba mereka (Rohingya) datang dan kami sudah kurang bermain di sini.
Saya nak kawasan taman ini macam dahulu. Dulu saya dan kawan-kawan banyak bermain di taman ini. Taman ini dekat dengan rumah saya, tapi sekarang dah tak dapat main.
Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya yang rata-rata bersimpati dengan kanak-kanak berkenaan selain meluahkan rasa sedih melihat keadaan yang berlaku.
Ada juga yang berharap isu penggunaan kemudahan awam di kawasan berkenaan dapat ditangani dengan baik supaya kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh semua penduduk setempat.
Sumber: TikTok
![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)




![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)