berita

Kanak-Kanak Tiga Tahun Ketagih Makan Selipar, Sebulan Boleh Habis Lima Pasang

March 24th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengunyah selipar getah dan potongan kertas dalam media sosial di Indonesia.

Kertas & kadbod juga dimakan

Foto: Tangkap layar Pikiran Rakyat

Memetik laporan CNN Indonesia, video itu dirakam di sebuah rumah di Jaya Sakti, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia dan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial sehingga media tempatan mengunjungi kanak-kanak itu di rumahnya.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Pipit mempunyai tabiat suka makan selipar sejak berusia setahun, kata ibunya.

Memang benar anak saya suka makan selipar, dia makan seperti makan nasi.

Dalam masa sebulan, Pipit boleh makan lima pasang selipar, malah kami juga akan membeli selipar lebihan buatnya.

Ibu Pipit juga memaklumkan, anaknya hanya makan selipar yang bersih atau belum dipakai. Selain itu, Pipit juga makan beberapa benda lain seperti kertas dan kadbod.

Jika kami tidak turuti permintaannya untuk makan selipar, Pipit akan mengamuk dan menangis.

Sementara itu, ibu Pipit turut memaklumkan anaknya tidak pernah mengeluh mengenai masalah penghadaman walaupun makan bahan yang tidak boleh dicerna seperti selipar dan styrofoam.

Setakat ini, Pipit tidak mengalami masalah kesihatan. Pada mulanya kami bimbang juga dengan tabiatnya, namun Pipit tidak berdepan masalah kesihatan. Malah, semua selipar yang dimakannya dikeluarkan semula melalui najisnya.

Video

Sumber: CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×