berita

Kantin Hidang Makanan RMT Nasi Putih Dengan Kuah ‘Cair’ Sahaja?

January 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan pemberian makanan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Menerusi semakan di portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bajet yang diperuntukkan bagi seorang pelajar di Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap murid manakala di Sarawak, Sabah dan Labuan RM3.00 bagi tempoh 190 hari.

Makanan RMT?

Foto: Zurina Hassan

Namun, di sebalik pemberian makanan percuma ini seorang wanita menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook, tampil meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan makanan yang diterima oleh cucu saudaranya. Wanita ini mendakwa makanan tersebut merupakan makanan RMT yang diterima di sekolah sebelum dibawa pulang ke rumah.

Menerusi foto yang dikongsi, dapat dilihat satu bungkusan nasi dengan sedikit kuah tanpa sebarang lauk mahu pun sayur-sayuran.

Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?

Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?

Makanan ini untuk siapa?

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut berpendapat pihak kantin tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya dan meminta pihak berkenaan untuk mengkaji semula bajet yang diberikan supaya tidak mendatangkan masalah buat kedua-dua pihak.

Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan kita?’

Hal begini bukan hendak menyalahkan kantin sepenuhnya. Bajet rendah, ********* harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati.

Respon Menteri Kanan Pendidikan

Ujar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pihak KPM memandang serius dengan dakwaan tersebut dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti sekolah yang terlibat.

Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

Sumber: Zurina Hassan

SKIP THIS AD ×